“comel macam anak patung pun Tk terlepas kcaman…” Gadis miliki 5juta followers mahu berjaya dalam bisnes walau sekolah sampai Form4

MEMILIKI jumlah pengikut seramai 5juta di aplikasi TlkTok turut membawa cabaran tersendiri buat gadis ini.

Menurut Puteri Wannur Syawalyea Raja Sari Ramli, 20, dia bagaikan sudah all menerima kecaman setiap kali berkongsi video baharu di platform itu.
Paling kcewa katanya, ada individu yang cuba mengungkit kisah lama sewaktu zaman dia masih belum memakai tudung.

“Saya pernah rasa nak berhenti buat TlkTok. Saya perlahan-lahan baru pakai tudung sejak tahun lepas, tapi ada pula yang nak buka alb. Orang ungklt benda lama, dulu saya free hair.
“Kcaman saya tak kisah sangat, tapi bila mereka cakap mengenai perubahan saya, ia membuatkan saya down. Kecil hati sejujurnya. Memang terasa kadang-kadang.

“Tapi saya tak balas balik kalau ada orang makl, nanti saya sama je dengan mereka. Biasanya saya akan padam komen-komen sebegitu. Paling teruk ada yang minta report akaun TlkTok saya,” ujarnya yang mesra disapa Puteri.

Di sebalik kcaman, dia yang turut memunyai lebih 443,000 pengikut di Instagram turut terharu dengan komen netizen yang tk putus-putus memberi sokongan.

Puteri akui sering dikcam di media sosial.
Selain kata-kata semangat, ramai netlzen yang turut memuji rupa paras Puteri yang mana dia sering disamakan dengan anak patung.

“Saya dah perasan lama komen-komen (pujian) itu. Memang selalu baca komen yang kata macam patung. Ada juga yang macam nak perli saya. Mereka kata cantik sebab mekap.

“Tapi saya memang terharu dengan komen positif. Ada yang dah lama kenal saya, mereka juga sering bagi kata-kata semangat.

“Mereka nasihatkan agar saya tak mudah berputus asa. Banyak juga yang berikan sokongan,” ujar anak keenam daripada sembilan beradik yang menetap di Kuantan, Pahang itu.
Kata Puteri lagi, dia enggan terlalu lama bersedlh, sebaliknya menjadikan semua kcaman sebagai pembakar semangat dalam misi menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.

Malah, dia yang baru memulakan bisnes jenama sendiri sejak empat bulan lalu mengakui kcaman yang diterima turut membuka pintu rezeki buat dirinya.

Puteri memiliki 3.8 juta pengikut TlkTok.
“Saya sebelum ini pernah berniaga bengkung. Kemudian saya keluarkan produk sendiri iaitu lip matte dan lip tint.

“Tapi kadang-kadang tak terjaga bisnes sendiri sebab sibuk buat reviu produk orang lain. Kadang-kadang rasa menyesal join bisnes, tapi bonda saya pesan agar jangan mengalah.

“Kecaman orang turut memberi rezeki buat saya. Alhamdulillah. Di sebalik kcaman, bisnes makin naik. Impian saya nak jadi orang dikenali dan dapat salur bantuan kepada orang yang susah,” ujarnya yang menjadikan DatukSeriVida (DSV) sebagai inspirasi.

Tambah Puteri lagi, dia mahu menjadi insan berjaya biarpun hanya bersekolah sehingga tingkatan empat sahaja.

Puteri mahu menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.
“Saya tak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya habis sekolah tingkatan empat. Saya berhenti kerana ada masaIah sikit,” ujarnya ringkas.

Selain mahu menaikkan bisnes, Puteri juga komited dalam misi untuk menambah pengikutnya di TlkTok sehingga mencecah 5 juta.

“Saya bersyukur sangat. Doakan saya road to four millions followers pula.
“Bukan sekadar Malaysia, video saya turut viral di luar negara, terutamanya Indonesia,” ujarnya lagi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*