“Abang Tu Redha Je…” Gelagat Monyet Selamba Rembat Air Atas Motor

Haiwan liar seperti monyet memang selalu berkeliaran di kawasan awam sehinggakan ada yang cukup takut setiap kali terserempak dengan mereka. Namun baru-baru ini, berlaku pula satu kejadian melucukan pada lelaki ini apabila minumannya dirembat oleh seekor monyet ini.

Bukan sahaja siap mengambil minuman itu malah dia juga turut sama duduk di atas motorsikalnya ini sekaligus membuatkan ramai terhibur melihatnya. Netizen juga turut terhibur melihat reaksi lelaki itu yang kelihatan seperti pasrah sahaja dengan apa yang berlaku.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu yang bekerja sebagai penghantar makanan berkongsikan situasi lucu tersebut. Semasa dia sedang menghantar pesanannya itu, muncul seekor monyet yang duduk di atas motorsikalnya itu.

Lebih melucukan, monyet tersebut siap mengambil bungkusan minuman yang diletakkan di dalam bakul motornya. Lelaki itu kemudian berseloroh berharap monyet itu tidak akan menumpahkan minuman tersebut di atas kerusinya ini.

Namun sangkaannya meleset apabila monyet itu dengan selambanya meletakkan bungkusan minuman itu di situ sehingga membuatkan ianya tertumpah. Lelaki itu akhirnya segera menghampiri motornya itu di mana monyet tersebut kemudiannya melarikan diri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat selamba monyet tersebut. Malah ada yang berseloroh mujur juga monyet itu tidak membawa lari kunci motor yang masih lagi elok terletak di situ.

“Kalau monyet tu start motor tu ghisau.”

“Nasib baik dia tk cvri motor tu haaaa nasib dia rembat air je…”

“Air tu boleh beli bang, jangan dia ambik kunci je. Mau tak balik abang.”

“Kesian abang tu redha je lah.”

Sumber : Hcl

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*