Ramai Terhibur Lihat Bulu Mata Salji Mira Filzah

Selepas menjawab desas-desus mengenai gosip kehamilannya, Mira Filzah berterus terang memberitahu peminatnya yang dia masih belum berbadan dua pada Disember lalu.

Menurut Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 dia ada merancang menyambung bulan madunya ke tempat bersalji.

Kini, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar, 32 sudah beberapa hari sampai di sebuah negara Eropah, Finland.

Perkara itu dikongsi oleh Mira di Instagram miliknya sejak 3 hari lepas.

Berkongsi foto indahnya bermain salji, walau bagaimana pun rata-rata peminat tertarik pada bahagian mata pelakon cantik berkenaan.

Kata mereka, salji yang jatuh di bulu matanya itu menambahkan lagi kecantikan pelakon popular itu. Ada yang kata bulu mata Mira Filzah cantik macam Elsa.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*