Majlis Perkahwinan Pasangan Selebriti Terkenal Dislasat P0lis, Dkwaan Tk Patuh SOP

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini membuka kertas siasatan berhubung penularan video yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook memaparkan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang didkwa melnggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah villa di Genting Highlands, dekat sini.

Paparan majlis perkahwinan itu dalam video berdurasi 41 saat berlaku pada 15 Disember lalu, pukul 8.30 malam.

TANGKAP layar video memaparkan kehadiran tetamu majlis perkahwinan pasangan selebriti didkwa tldak mematuhi SOP ditetapkan yang tular di sebuah villa Genting Highlands di Bentong, Pahang

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, menerusi paparan itu, tetamu yang hadir dilihat tidak memakai pelitup muka, tldak mengamalkan penjarakan fizikal dan menyaksikan suasana kemeriahan itu melanggar SOP berasaskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa empat.

“Kita menerima laporan pada pukul 10 malam tadi. Polis akan bertindak mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan selebriti tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kes itu disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyaklt Berjangklt (PPDPPB) 2021.

Sehubungan itu, Zaiham mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut bagi memudahkan siasatan dijalankan.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya.

Jelas, orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau penyaluran maklumat berkaitan insiden bolehlah menghubungi IPD Bentong menerusi talian 09 2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber : UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*