Amelia Henderson Tenang Bila Kena Label ‘Bajet Mat Saleh’ “Bro, Aku Memang Mat Saleh Bro”

PETALING JAYA – Biarpun diperli sebilangan pengguna mediaSosial yang mendkwa dirinya ‘bajet mat salih’, pelakon jelita Amelia Henderson tildak melatah dan tampil memberikan penjelasan berkenaan perkara tersebut.

Pemilik nama lengkap Amelia Thripura Henderson itu dalam keadaan tersenyum namun penuh penegasan memberitahu, dia sememangnya berasal dari keturunan berdarah campuran.

“Bajet mat salih? Bro, aku memang mat salih like, what do you mean? (apa sebenarnya maksud anda?).

“Saya bingung sekarang. Kalian semua, saya berketurunan separuh orang Scotland, suku orang India, suku orang Sri Lanka.
“Jadi, apa maksud anda bajet mat salih?,” soal dan getusnya dengan tenang dalam satu sesi ‘live’ Instagram yang dimuat naik semula dalam akaun TikTok peminat.

Jelas pelakon drama rantaian Cik Ayu Mee Sanggul itu lagi, bahasa Inggeris sememangnya bahasa percakapan atau komunikasinya sejak kecil andai itu menjadi perdebatan segelintir netizen.

“Kenapa orang cakap benda-benda begini. Saya cakap dalam bahasa Inggeris sebagai saya membesar dengan bahasa itu.

“Komen-komen begini, kalian kena fikir dahulu sebelum buka mulut,” kata Amelia dalam keadaan tersenyum memberikan penjelasan.

Sekadar informasi, ibu Amelia merupakan seorang doktor gigi yang berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam. Bapanya pula seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson.

Amelia yang dilahirkan di Ampang, Selangor mempunyai dua adik-beradik dan dia merupakan anak yang sulung.

Sumer : K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*