“Akhirnya Dapat Seorang Puteri, Alhamdulillah” TMJ Ucap Tahniah , Aidil Zafuan Timang Baby Ketiga

Pemain Bola Sepak Johor Darul Ta’zim ()DT), Aidil Zafuan mengucapkan rasa syukur setelah isterinya, Zarema Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga semalam.

Berita gembira itu dikongsi Aidil menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram beserta foto yang merakamkan dirinya sedang tersenyum sambil memandang anak perempuannya.

“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 27.12.2021. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri,” coretnya.

Dalam pada itu, baginda Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim juga turut mengucapkan tahniah kepada Zafuan.

“Akhirnya dapat seorang Puteri Aidil. Alhamdulillah. Tahniah,” @hrhcrownprinceofJohor

Bagaimanpun Aidil dan isterinya masih belum mendedahkan wajah dan nama puteri mereka. Aidil dan Zarema mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Ayden Zeeyad dan Ayres Zachary.

Sumber : gempak

Aidil Zafuan Dan Zarema Zainal Selamat Diijabkabulkan Pada Hari Jumaat Bersamaan 14 Mac 2014.

Aidil Zafuan yang juga merupakan bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini telah pun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Zarema Zainal dengan hanya sekali lafaz pada jam 10.50 pagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*