“Rezeki awak dapat Majikan yang baik…” Rumah terkesan aklbat banjlr, gadis terharu bos belikan perabot baru

Sesungguhnya asbab bencana banjlr yang melanda, kita dapati rannai orang di luar sana yang mempunyai hati nurani yang sangat mulia. Sanggup membantu tak kira kaum, bangsa dan agama, asalkan masing-masing meringankan beban satu sama lain.

Begitulah perkongsian di Tlktok mengenai seorang bos yang membuat kejutan buat pekerjanya, membuatkan gadis tersebut menangis tanpa kata.

“Harini nak belikan perabot staff yang terkesan banjlr…”

Video yang dimuat naik oleh @Ayuzorkafli meraih perhatian netlzen kerana kebaikannya yang membelikan perabot buat pekerjanya yang terkesan dengan banjir.

Difahamkan, pada mulanya gadis berkenaan tldak tahu menahu mengenai kejutan yang dibuat oleh majikannya. Namun dia terus mengalirkan air mata terharu apabila mengetahui majikannya bakal mengganti semua perabot yang r0sak aklbat banjlr.

“Mula-mula dia malu, puas pujuk…”

Menerusi kapsyen, wanita ini yang juga merupakan pengasas Shawl Publika terpaksa memujuk berkali-kali susulan pekerjanya yang malu untuk menerima sumbangan daripadanya.

Akhirnya, setelah puas memujuk, segala pembelian berjalan lancar sebaik sahaja mereka memilih perabot dan menguruskan pemindahan barang dengan lori.

“Semoga diberi rezeki takputus2 untuk bantu orang lain…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan wanita ini sehingga ramai yang mendoakan agar Allah membalas segala kebaikannya. Malahan, ramai yang memuji kebaikan wanita ini yang pandai menghargai pekerjanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*