“Sentiasa Ada Dengan Mama Dalam Bilik Bersalin, Dari Check In Sampailah…” – Datin Almy Nadia Terharu

Pelakon, Datin Almy Nadia meluahkan rasa terharu dan syukur atas sikap suami, Datuk Fizz Fairuz yang setia di sisinya sepanjang proses bersalin cahaya mats keempat mereka.

Kongsi Almy di Instagram, dia menyifatkan Fizz sebagai suami yang baik kerana banyak membantu dirinya sepanjang fasa kehamilan.

Malah jelasnya lagi, komitmen itu sudah dilakukan sejak melahirkan cahaya mata yang pertama.

“Sayang @fizzfairuzofficial terima kasih sayang sebab berada dengan mama sepanjang kelahiran anak kita dari anak pertama sampai keempat.

“Sayang sentiasa ada dengan mama dalam bilik bersalin, dari check in sampailah beranak settle, sayang tetap ada di sisi mama.

“Terima kasih sayang sebab teman mama dalam bilik bersalin, sambil urut kaki sampai tutup muka ngan mask sebab dah ngantok, Thank you love,” tulisnya.

Sekadar informasi, Almy mendirikan rumah tangga bersama Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin pada 26 April 2014.

Pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*