“Alhamdulillah.. Isteri saya selamat bersalin anak ke4” Fizzfairuz

Aktor popular, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya yang juga aktres Datin Almy Nadia selamat bersalin cahaya mata keempat pada jam 3.49 pagi Rabu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dikongsi Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin menerusi muat naik sekeping foto di laman Instagram memaparkan dia bersama isteri dan bayi yang belum didedahkan jantinanya itu.

Menerusi kapsyen, pelakon berusia 42 tahun itu meluahkan rasa syukur atas kurniaan zuriat tersebut selain mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan kesejahteraan isteri serta anaknya.

“Alhamdulilahhhh… isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Amin, 4-0 keputusan sekarang hehe,” tulisnya.

Sebelum itu, Fizz turut berkongsi satu video yang kelihatan isterinya menahan kesakitan di sisi jururawat sekali gus memohon doa agar proses bersalin dipermudahkan.

“Ya Allah kau permudahkan kelahiran anakku Ya Allah. Kau permudahkanlah Ya Allah.. besarnya pergorbanan seorang ibu.. Ya Allah permudahkanlah Ya Alllah,” katanya.

Tahun lalu, Almy atau nama penuhnya Almy Nadia Aminuddin Shah mengalami kegguran sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat sebelum dikurniakan bayi keempat berkenaan.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2014 dan memiliki tiga cahaya mata lain iaitu Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Afrina Ayra, 3 tahun.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*