“sejuk hati ni bila tengok Matin” Ariq Matin Gunting Rambut, Ramai Puji Anak Arwah Siti Sarah Handsome

Ramai memuji penampilan terbaru anak ketiga Shuib bersama Allahyarhamah Siti Sarah, Ariq Matin yang sudah dipotong pendek rambutnya.

Terdahulu, Shuib ada memuat naik beberapa foto keping kandid anaknya itu.

“Hari ini bawa Matin potong rambut, tak sabarkan nak tengok rambut baru dia,” tulis Shuib ringkas pada ruangan kapsyen.

Terlihat kemas dan comet, para peminat memberikan reaksi pelbagai sejurus Shuib berkongsi foto sebelum dan selepas rambut kanak-kanak berusia enam tahun itu dipotong.

“Muka macam Aidil Zaquan pemain bola tu,” seorang peminat berikan pendapat.
“Rambut panjang sesuai dengan karektor Matin,” peminat lain turut beri pandangan.

“Hensem boy, sejuk hati ni bila tengok Matin,” puji peminat. “Camel. Semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dalam kehidupan,” doa peminat lainnya pula.

“Ya Allah handsomenya dia dah gunting rambut. Macam dah big boy sangat,” antara komen yang ditinggalkan.

Anak sulung mereka, Uwais Al-Qarni juga dilihat turut dipotong pendek rambutnya.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*