Nikah ketika PKP Pertama, Sekarang anak Dah 2tahun ikut bersanding bersama

Sejak pandemik melanda negara kita, hampir dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat ke mana-mana dan sebarang majlis keramaian atau berbentuk perhimpunan tldak dibenarkan sama sekali.

Jadi, susulan daripada peralihan negara ke fasa 4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan majlis seperti majlis persandingan selepas tertangguh disebabkan kekangan tersebut.

Tukar baju anak ketika majlis sanding
Namun, disebabkan ramai yang telah bernikah dahulu ketika tempoh PKP, pasangan pengantin juga ada yang telah mempunyai anak. Walau bagaimanapun, ia sama sekali tidak menghalang mereka meneruskan hasrat bersanding di pelaminan.

Hal ini samalah seperti yang dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @syafirah97 apabila memuat naik video pasangan suami isteri yang memakai pakaian pengantin sibuk menguruskan anak mereka ketika majlis berlangsung.

Pasangan pengantin telah melangsungkan pernikahan pada PKP 1.0 tahun lalu dan mereka sudahpun menimang cahaya mata. Jadi, untuk persandingan tersebut, nampaknya bayi yang sudah berusia 8 bulan ini turut serta duduk di atas pelamin bersama ibu dan ayahnya.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila pengantin perempuan dilihat sempat menukarkan pakaian bayinya ketika majlis masih lagi berlangsung dan ini terlihat lucu di mata warganet.

Best baby dapat ikut mak ayah sanding

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang mengakui antara  ‘risiko’ bersanding selepas setahun bernikah ketika PKP adalah perlu duduk diatas pelamin bersama anak yang telah lahir.

Walau bagaimanapun, perkara itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana ramai yang mengalami pengalaman sama dan menjadikan hal tersebut sebagai satu cerita menarik untuk dikongsikan kepada anak-anak nanti.

Nanti tak perlu jawab kenapa takde dalam gambar kahwin

Ramai yang alami perkara sama

Kenangan manis bersama ibu ayah

Kalau dia nak susu tu pening kepala jugak

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*