“Pr0ses Panjang Selama 32 Tahun. Tunggu Sang Hero.Alhamdullilah semalam anak aku selamat melahirkan. “

Pelakon Datuk Rosyam Nor, berkongsi rasa gembira dengan kelahiran cucu keempat dari anak perempuannya yang kedua, Nur Anis.

Lebih mengujakan, cahaya mata Nur Anis itu merupakan cucu pertama lelaki di dalam keluarga mereka.

Rosyam menerusi ruangan kapsyen hantaran terbaharunya hari ini berkata, dia dan isteri menanti kedatangan ‘sang hero’ ke dalam keluarga mereka sejak 32 tahun lalu.

“Alhamdulillah, lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurnianMu. Hasil perkahwinan aku, dikurniakan lima anak perempuan, Alhamdulillah.

“Hasil perkahwinan anak sulung, Arniesha Azureen dikurniakan tiga cucu perempuan. Alhamdulillah. Proses panjang selama 32 tahun tunggu sang hero.

“Semalam anak aku Anis selamat melahirkan cucu lelaki! Yeay! Apa nama nak letak ni?,” kongsi beliau teruja. Bayi lelaki seberat 2.81 kilogram itu selamat dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra, Seri Kembangan Selangor pada Isnin kira-kira jam 3.17 minit petang.

Nur Anis mendirikan rumah tangga dengan Faris Anuar pada 20 September, 2019. Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut iaitu sahabat industri dan peminat mengucapkan tahniah kepada Rosyam dan isteri, Datin Runika Mohd Yusof di atas kehadiran ‘sang hero’ ke dalam keluarga besar mereka.

Dalam perkembangan lain, Rosyam juga merupakan juri program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 yang sedang bersiaran secara ekslusif di Astro Warna (saluran 107). Untuk pilihan lebih fleksibel, is boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.

MLM 2021 dibawakan secara langsung dari Putrajaya Convention Centre (PICC), setiap ]umaat, 9 malam dan menampilkan Datuk AC Mizal sebagai hos. Selain Rosyam, tiga lagi selebriti yang turut memanaskan kerusi juri ialah Uciasha Senrose, Noh Hujan dan Diana Danielle serta penampilan khas ‘Sang Bara’.

Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021. Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*