“berbal0i bkan cekikDarah..” DSVlda terjah rest0ran ‘siakap serlbu’, Siap Jumpa Dengan 0wner katanya

Selepas seminggu tular mengenai ‘siakap kontroversi’ di media sosial, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) ‘menerjah’ restoran yang menghidangkan menu tersebut di Pulau Langkawi.

Alang-alang melancong di pulau peranginan itu, beliau mengakui mahu merasai sendiri pengalaman menikmati menu berharga ‘kayangan’ seperti didkwa segelintir warganet.

Terjah restoran ‘siakap seribu’

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, kedatangan DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman disambut mesra oleh pemilik restoran yang dikenali sebagai Norasyikin sekali gus memberi peluang bagi menjelaskan isu yang berlaku.

Berdasarkan video berdurasi hampir 12 minit itu, beliau dibawa melihat sekitar kolam ikan pameran sebelum memilih siakap seberat 1.5 kilogram yang menjadi hidangan utama serta beberapa lagi menu lain.

Penyanyi lagu I Am Me itu berkata, harga RM918 dibayarnya adalah berbaloi dengan pelbagai hidangan yang sedap dijamah apatah lagi dengan pemandangan indah alam semula jadi.

“Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, t0hmahan, andaian atau tuduhan mengatakan tuan kedai cekikDrah.

“Saya makan habis beratus-ratus memang berbaloi, dengan rasa sedap dan keadaan persekitaran yang cantik. Nak berniaga dalam hutan ni, ingat pelanggan ramai datang?,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tindakan murni ibu kepada dua orang cahaya mata itu yang sentiasa menyokong bisnes peniaga selain memuji kelazatan setelah ‘rambang mata’ melihat menu hidangan di restoran berkenaan.

Terima kasih beri pencerahan

Sedapnya tengok Datuk makan

Terbaik! Sokong para peniaga…

Memang la mahal, kena naik bot lagi

Terdahulu, DSV menyatakan hasrat mahu membayarkan semula bil hidangan ‘mngsa’ yang terlibat namun difahamkan mereka menolak secara baik sekali gus dapat membantu insan lebih memerlukan.

Sumber :  omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*