Elly Mazlein M0hon d0a dipermudahkan “Cuti rehat tunggu bayi lahlr”

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Elly Mazlein memuat naik status keterujaannya bakal menimang cahaya mata kedua yang dijangka bakal bersalin anak lelaki tdak lama lagi.

Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom yang berkongsi keterujaan tersebut menerusi Instagramnya turut memohon doa daripada orang ramai agar proses bersalin dipermudahkan.

Dengan ini, Kak Pom sudah cuti rehat tunggu baby boy mama lahir di dunia. Insya-Allah, tidak sabarnya nak jumpa permata hati kedua mama.

“Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,” katanya.

Dalam perkongsian sama, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu berterima kasih kepada pereka busana yang menampilkan dia tampil “berseri” pada program hiburan slot istimewa.

“Terima kasih @hudahassanshahabuddin sudi sediakan baju untuk Kak Lina pakai petang semalam dalam istimewa MeleTop, ada rezeki Insya-Allah kita jumpa tahun depan.

“Memang terpaling letopan (menarik) baju ini. Suka sangat sebiji macam Kak Lina tempah. Kain selesa dan memang sesuai buat ibu-ibu yang nak berfesyen walaupun berbadan begau (gempal) macam Kak Lina. Tapi ingat begau itu lawa,” tulisnya.

Untuk rekod, pasangan Elly dan suami, Muhammad Azlan Che Nuh berkahwin pada Januari 2020.

Manakala hasil perkongsian perkahwinan pertama dengan pengarah terkenal, Azmi Hatta, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Sumber : utusan

Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*