‘Tarikh lahir jadi hari pemeriksaan kesihatan pertama tapi tanpa ibu’ – Shuib

PETALING JAYA – Kelahiran yang tdak terjangka. Begitulah yang berlaku kepada anak bongsu Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah yang sepatutnya dilahirkan ke dunia hari ini namun terpaksa diawalkan pada 6 Ogos lalu.

Shuib atau nama sebenarny Shahmira Mohamad, 37, menerusi satu hantaran InstaStory malam tadi, tarikh lahir Ayash yang kini sudah berusia sebulan sepatutnya pada hari ini mengikut hasil perbincangan bersama doktor.

“Hari ini 30 September 2021, tarikh sepatutnya Ayash dilahirkan. Tarikh yang kami sudah pilih dan bincang dengan doktor tetapi Allah SWT lebih maha mengetahui yang terbaik,” katanya.

Mencetuskan rasa hiba, pelawak terkenal berkenaan memberitahu 30 September telah bertukar menjadi hari pertama membawa Ayash untuk sesi temu janji pemeriksaan kesihatan tanpa ditemani seorang ibu.

“Hari ini telah diganti menjadi hari pertama pemeriksaan kesihatan Ayash tanpa kehadiran ibu (Siti Sarah).

“Insya-Allah sabarlah wahai hati. Saya sayangkan awak,” ujarnya lagi.

TANGKAP layar perkongsian Shuib malam tadi.

Dalam hantaran berbeza, Shuib turut berkongsi perjalanannya membawa Ayash ke hospital.

Sebelum ini, Ayash dilaporkan telah dibawa pulang pada 14 September lalu selepas lebih sebulan dilahirkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Ayash dilahirkan secara pembed4han tiga hari sebelum ibunya menghembskan n4fas terakhir pada 9 Ogos lalu aklbatC0vldl9.

Sumber: K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*