Gadis Ini Dengar Bunyi Benda jatuh pukul 3 pagi Tp Tk Layan, dua beradik tidur ditemani ular sawa – “Adik kata dia menjalar atas kaki kami”

Ular sawa batik sebesar lengan bayi yang mencer0boh masuk ke dalam bilik Ummu dan adiknya ketika mereka sedang tidur.

SEBUT sahaja ular, pasti ramai yang geli geleman kerana terbayang kulit reptilia itu yang bersisik, licin dan lembik.

Bayangkan pula sekiranya haiwan tersebut ‘tumpang’ sekatil ketika anda sedang melelapkan mata.
Sudah pasti is mencetuskan situasi panlk dan kelam kabut Iebih-Iebih lagi bagi mereka yang alergi atau tkut dengan haiwan tersebut.

Begitulah situasi yang dialami oleh wanita ini sebaik sahaja menyedari kelibat seekor ular sawa yang tersesat masuk ke dalam rumah dan ‘menunnpang’ katilnya.

“Tengah tidur ‘dia’ boleh merayap dekat kaki,” tulisnya pada video yang dimuat naik di aplikasi TikT0k yang memaparkan seekor ular sawa sebesar lengan kanak-kanak sedang merayap di atas katil.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ummu Emma berkata, ketika kejadian pada pukul 3 pagi beberapa hari lalu itu, dia sudah melelapkan mata manakala adiknya yang berusia 16 tahun sedang bermain telefon bimbit.

“Kami memang tutup lampu bilik jadi suasana agak gelap. Tiba-tiba ada bunyi seperti benda terjatuh dekat meja solek. Saya yang tidur ni terdengar juga tapi mamai-mamai. Tak pergi jenguk atau buka lampu pun.

“Ular tu naik atas katil dekat hujung kaki. Kata adik, dia rasa macam sesuatu bergerak tapi buat tk tahu je. Tapi dia tk sedap hati dan suluh guna lampu telefon bimbit.

“Terus dia menjerit dan melompat dari katil. Saya tersedar dan duduk tapi tak turun katil sebab mamai… saya tanya kenapa, dia kata ada ular.

“Automatik mata saya jadi segar dan terus melompat dari katil. Adik kata ular tu menjalar atas kaki kami berdua. Tk boleh saya bayangkan!” kata wanita berusia 23 tahun ini.

Ummu (dua, kanan) menetap bersama keluarganya di Kampung Parit Saniman, Pontian.

Senang disapa sebagai Ummu, wanita ini berkata mereka berdua segera memanggil ibu dan bapa untuk menghalau ular berkenaan.

“Sebelum ayah tangkap, saya sempat rakam videonya sedang menjalar atas katil. Ayah cekup kepalanya dan cepat-cepat keluar… ayah buang ular tu dekat kebun kelapa sawit yang terletak berhampiran rumah kami.

“Sebenarnya ayah tak berani juga… Iebih-Iebih lagi ini kali pertama kejadian ular masuk rumah. Tapi dia beranikan diri untuk tangkap dan dia pun tak sangka mampu buat macam tu,” ujar anak keempat daripada lapan adik beradik ini.

Ummu yang menetap bersama keluarga di Kampung Parit Saniman, Pontian, Johor mengakui kejadian tersebut membuatkannya sedikit trauma setiap kali mahu melelapkan mata kerana terbayang kelibat reptilia berkenaan.

“Pagi kejadian, saya tak boleh tidur sampai pukul 6 pagi. Tak tahu macam mana ia muncul, tapi rasanya dari atas siting bilik kami sebab ada lubang.

Lagi pula rumah kami ni dekat dengan kebun sawit… mungkin ia berasal dari sana.

“Bunyi yang kami dengar pagi tu adalah bunyi ular tu terjatuh dari siting. Selepas kejadian tu juga, saya dan adik berpindah ke bilik lain buat sementara.

Kami tk berani nak tidur di bilik sendiri.

“Ayah nak betulkan dan renovate sikit bilik tu. Bila dah siap nanti barulah pindah semula,” ujarnya yang bekerja di sebuah kilang di Pontian.

Netizen turut meluahkan rasa ‘seriau’ selepas melihat perkongsian video Ummu.

Menurut Ummu, dia memuat naik video berkenaan kerana mahu berkongsi pengalaman ‘ser4m’ yang dialaminya dan dalam masa yang sama mahu mengingatkan orang lain agar berjaga-jaga dan sentiasa peka dikhuatiri terdapat ‘makhluk asing’ yang menumpang di dalam rumah.

“Tk sangka pula raih jumlah tontonan yang tinggi. Tapi ada yang kongsi pengalaman lebih dahsyat daripada saya… bkan setakat ular sawa tapi ular tedung yang cer0b0h bilik.

“Ada pula yang lahirkan rasa tkut dan risau nak tidur selepas tengok video yang saya kongsi. Apa pun, moga kita saling beringat dan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya lagi.

Sehingga kini video yang dimuat naik oleh Ummu meraih melebihi 222,000 jumlah tontonan.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*