‘Followers Nak Cecah 50k Dalam Tempoh Sehari’ Ayda Jebat & Nabil Mahir Buka IG Untuk Ana Nayla

Semalam, pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat telah berkongsi wajah serta nama anak sulung mereka di Instagram (lG).

Pasangan sejoli ini sepakat memilih nama Ana Nayla Ahmad Nabil serta membuka satu akaun rasmi buat anak kecil itu.

Ramainya ‘followers’ Ana Nayla

Menerusi tinjauan pihak OhBulan! akaun Instagram Ana Nayla sudah mempunyai lebih daripada 41 ribu orang pengikut. Jumlah pengikut tersebut diramalkan semakin meningkat dalam jangka masa beberapa hari lagi.

Setakat ini, Nabil dan Ayda hanya memuat naik sebuah rakaman video pendek yang memaparkan wajah Ana Nayla. Video tersebut turut meraih hampir 600,000 tontonan daripada warganet.

Sebelum ini, Ayda memberitahu kepada umum bahawa dia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada tarikh 21 September yang lalu. Ujar Ayda, dia dan Nabil bersepakat untuk mendedahkan nama dan wajah anak mereka kepada umum selepas seminggu kelahiran Ana Nayla.

Bangun hampir setiap jam

Nabil turut berkongsi detik kenangan terindah sewaktu pertama kali melihat puteri sulungnya itu. Jelas Nabir, proses bersalin Ayda pada waktu itu sangat cepat dan lancar. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

Cuma, malam pertama selepas dilahirkan Ana Nayla akan mula bangun daripada tidur hampir setiap jam.

Alhamdulillah baby senang dipujuk. Thank you semua atas ucapan dan doa. Moga kita sama-sama dapat keberkatan dariNya.

Sumber:ohbulan

pa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*