“Jgn terlalu mengharapkan yang sempurna…” -Eira Syazira

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Eira Syazira mengakui dalam setiap rumah tangga pasti ada asam garam tersendiri dalam meniti hari bersama-sama pasangan.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama popular Syurgamu Ramadan itu memuat naik gambar dia bersama suaminya yang juga pelakon popular, Azad Jasmin, ketika bercuti di pulau legenda, Langkawi, Kedah.

Menurut Eira, tiada pasangan hidup yang sempurna, sebaliknya sebagai seorang isteri harus memainkan peranan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

“Ramai yang tanya bagaimana suami selalu berkepit dan bermanja dengan saya. Dalam rumah tangga mesti banyak asam garam kan?

“Pernah tk bila bergduh, rasa macam nak cekik-cekik si suami? Normal kan, sebab pasangan kita manusia.

“Jgnlah terlalu mengharapkan yang sempurna kerana kau tdak akan jumpa dik. Jadi, tugas kitalah sebagai isteri ini untuk melengkapkan supaya menjadi sempurna,” kongsinya di Instagram.

Sebagai informasi, Eira dan Azad telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan.

Sumber : Utusan

Eira begitu terkejut dengan hadiah istimewa dari Azad. (Gambar Instagram)
Bagi seorang isteri, tiada yang lebih istimewa bila dikurniakan kebahagian bersama keluarga tercinta. Malah, lebih indah bila dihadiahkan pula dengan sesuatu yang sangat bermakna.

Baru-baru ini selebriti Azad Jasmin atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad telah membuat satu kejutan istimewa buat isteri tercinta, selebriti Eira Syazira apabila dia menghadiahkan kediaman baharu lengkap dengan perabot dan hiasan dalam.

Difahamkan, kediaman dua tingkat itu sudah 90 peratus siap bersama dekorasi dan hiasan dalaman dengan berkonsepkan ‘modern luxury’.

Menerusi video posting Azad Jasmin di laman Instagram, kejutan itu adalah hadiah sempena menyambut Aidil Fitri dan sebagai memenuhi impian isterinya.

Azad turut merakamkan momen indah itu dan berkongsi bersama peminatnya secara langsung.

Kejutan bermula apabila dia membawa Eira ke kediaman baharu mereka selepas isterinya selesai mengerjakan solat tarawih.

Eira yang kelihatan begitu terkejut bagaimanapun bersyukur di atas pemberian hadiah terindah yang diberikan suami selepas 10 tahun mengharungi bahtera perkahwinan.

“Allahuakbar! ‘Surprised’ nak mati. Hadiah terindah selepas 10 tahun perkahwinan dari suami tercinta. Tiada perkataan boleh diucap. Segala puji bagi Allah SWT. Terima kasih sayangku,” tulis Eira dalam video yang dimuat naiknya.

Jelas, Azad mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan dekorasi hiasan dalaman rumah tersebut tanpa pengetahuan Eira.

Lebih sayu, apabila Azad menjelaskan kepada Eira mengenai hadiah istimewanya itu sehingga membuatkan isterinya menitiskan air mata.

“Selepas 13 tahun duduk di rumah ‘flat’, hari ini pada bulan Ramadan yang mulia, I hadiahkan rumah ini untuk you. I harap you suka,” ujar Azad kepada isterinya.

Apa yang menarik, kediaman pasangan ini turut mempunyai mini surau yang ternyata membuat Eira begitu terharu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*