Akhirnya Dah Dapat Lamborghini Juga, Tular Gadis Mengldam Kereta RM Tiga Juta

Tular baru-baru sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita yang mengidam untuk mendapat sebuah kareta Lamborghini kuning berharga RM3 Juta.

Suaminya yang ketika itu hanyalah melayan karenah isterinya yang mana berusaha menyakinkan dirinya dengan memberi alasan anak dalam kandungan.

Namun, menurut suaminya, pembelian kereta tersebut dilihat membazir dan hanya akan membuat pembelian jika video tersebut mendapatkan 100,000 tanda suka.

Dah dapat 100,000 ‘like’, tapi tak dapat lagi Lamborghini

Menerusi hantaran video oleh pengguna TlkT0k bernama Ayunieso24 itu, mesikpun suaminya sudah berjanji akan membelikan kereta mewah itu selepas mendapatkan 100,000 tanda suka, namun lelaki tersebut masih tidak membelikannya lagi.

Perkara itu membuatkan Ayuni seakan-akan sedih dan sempat bergurau mengelar suaminya itu ‘menlpu’ kerana telah mengungkiri janjinya itu.

Menerusi video tersebut, suaminya sudah mencuba pelbagai cara untuk memujuk isterinya itu, namun tetap tidak dilayan sehingga dia membelikan kereta mewah itu.

Ayuni dah dapat kereta Lamborghini

Setelah lama menanti, akhirnya Ayuni yang sedang sarat mengandung itu dikejutkan oleh suaminya selepas sebuah kereta mewah berjenama Lamborghini kuning selamat sampai dirumahnya.

 

Menerusi perkongsian vide0 tersebut, isterinya yang melihat keberadaan kereta tersebut terus melonjat keringan serta memeluk suaminya.

Difahamkan, kereta tersebut sudah lama dibelinya namun perlu menunggu masa yang lama untuk kereta tersebut sampai.

Dilihat juga Ayuni yang penuh kegembiraan cuba untuk duduk di dalam kereta tersebut selain sempat bergurau dengan menyatakan bahawa akhirnya bayi dalam kandungannya sudah dapat apa yang dia mahukan.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan telatah suami isteri tersebut selain menyatakan kereta tersebut merupakan rezeki anak.

Namun, terdapat juga netizen yang menganggap video tersebut hanyalah lakonan semata-mata serta mendkwa kereta tersebut hanya disewa oleh lelaki tersebut.

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mencapai lebih daripada 800,000 jumlah tontonan serta mendapat lebih daripada 80,000 tanda suka.

Sumber : Ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*