Semoga Ashraf Muslim Bertabah Atas pemergian Insan Tercinta

PETALING JAYA – Selepas lapan hari bertarung nyawa akibat jangkltan C0vldl9 tahap lima, bapa kepada pelakon Ashraf Muslim, Muslim Bulat, 67, menlnggal dunia pada pukul 6.37 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Berita duka tersebut diumumkan Ashraf menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sedih. Ayah sudah menlnggalkan kami dalam keadaan baik dan tenang.

“Mungkin itu yang terbaik untuk dia sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami,” tulis Ashraf.

Sebagai anak sulung daripada tujuh adik-beradik, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd. Ashraf Muslim, 40, mewakili keluarganya memohon kemaafan bagi pihak arwh bapanya andai terdapat kesilapan yang dilakukan ketika hayatnya.

“Saya sebagai anak sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.

“Kalau ada hutang-hutang atau perkara yang masih belum selesai boleh hubungi saya. Insya-Allah, sama-sama kita d0akan semoga ayah ditempatkan di tempat ‘special’ (istimewa) di alam baru bersama mereka-mereka yang beriman. Insya-Allah,” tulisnya.

Terdahulu pada 20 September lepas pelakon filem Ada Apa Dengan D0sa itu memaklumkan bapanya terpksa diintubasi kerana keadaannya yang krltikal.

Ketika itu, keadaan bapanya kritikal kerana jantungnya semakin lemah dan sebahagian organ dalamannya telah r0sak kerana dijangklti C0vldl9 tahap lima.

Pada April tahun lalu, Ashraf turut dijangklti C0vldl9 sekembali pulang menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland.

Selepas 25 hari dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, Selangor, Ashraf akhirnya sembuh dan dibenarkan pulang.

 

Sumber :K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*