Minta Sajat akur dicipta sebagai lelaki,Hidup dalam kepura-puraan

Golongan agamawan termasuk pihak berkuasa agama Islam tdak sewajarnya memandang hlna kepada usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dan golongan sepertinya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebaliknya pihak berkenaan perlu bersimpati dengan golongan itu dan cuba membantu membimbing serta menasihati mereka semampu yang boleh.

Menurutnya, adalah menjadi kewajipan kita sebagai orang Islam untuk membantu rakan seagama sekiranya mereka tersasar daripada landasan hidup.

“Pada pandangan saya, semua umat Islam termasuk golongan agamawan dan pihak berkuasa agama Islam tdak sepatutnya memandang hina terhadap Muhammad Sajjad atau golongan sepertinya.

“Mereka mungkin sukar menerima nasihat kerana sudah terbiasa berada di jalan yang salah, namun inilah kewajipan kita untuk membantu sesama Islam.

“Pengalaman mengajar kita bahawa sekeras mana hati seseorang itu, namun jika selalu dinasihati secara jujur maka dengan izin ALLAH SWT, hati yang keras tidak mustahil akan kembali lunak dan bersedia menerima nasihat demi kebaikan diri sendiri,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dr Wan Salim berkata, daripada perspektif Islam, tiada manusia yang bersih daripada d0sa dan tiada manusia yang tdak melakukan kes4lahan kecuali para rasul dan nabi.

“ALLAH SWT mengetahui manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa terdedah kepada d0sa.

Oleh itu, ALLAH Maha Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-hamba-Nya yang ingin membersihkan diri dan kembali ke jalan yang diredai-Nya.

“Cuma perbezaannya, ada manusia yang cepat insaf, lantas kembali ke pangkal jalan setelah menyedari dirinya tersasar daripada syariat yang ditetapkan dalam agama. Sebaliknya, ada pula yang berdgil dan terus berlarutan di dalam d0sa dan m4ksiat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan Muhammad Sajjad atau Nur Sajat supaya menginsafi bahawa dia tersalah memilih gaya hidup yang menyimpang daripada syariat ALLAH dan hukum tabii.

“Dia memilih untuk terus berada di dalam khayalan dan kepura-puraan. Sepatutnya, dia akur dengan ketetapan Ilahi yang mencipta dirinya sebagai seorang lelaki, bkan perempuan dan bukan khunsa. Masalah jantina bukan pilihan kita tetapi ketetapan ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana.

“Oleh itu, setiap manusia perlu akur dan menerima apa yang ditetapkan Tuhan untuk diri masing-masing. Bertindak berl4wanan dengan hkum syariat dan hukvm tabii hanya akan membinas4kan diri sendiri,” katanya.

Katanya, Muhammad Sajad tidak akan menghadapi kesusahan seperti yang dialaminya sekarang malah tdak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk lari ke luar negara jika menyerah diri kepada pihak berkuasa.

“Di Malaysia, ramai lagi lelaki yang memilih untuk berwatakan dan berlagak seperti wanita, namun tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi Muhammad Sajjad. Jika dia menyerah diri kepada pihak berkuasa, dia hanya perlu membayar denda yang tdak seberapa.

“Dia juga mungkin dikehendaki mengikuti kaunseling yang boleh memberi manfaat kepada dirinya untuk insaf dan kembali ke pangkal jalan dalam menjalani kehidupan sebagai individu yang normal,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Muhammad Sajjad, 36, telah dit4han pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanan Muhammad Sajjad dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Dia dit4han di sebuah kondominium mewah di Bangk0k bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*