KecohSeIepas Firdaus Wong DedahkanPerbuaIan Berkait UEL, Kini PU Syed PuIaDedah SesuatuMengejutkan

Susulan mengeluarkan kenyataan sensasi mendesak agar Ebit Lew ‘membuka mulut’ menafikan segala dakwaan panas yang berlegar membabitkan dirinya ketika ini , pendakwah bebas PU Syed dikecam orang ramai.

Ujar juara Pencetus Ummah musim ke-3 itu lagi, dia tidak kisah dikecam kerana percaya masing-masing punya jari-jemari untuk menulis apa sahaja, namun yang berkuasa adalah Allah SWT.

“Pendedahan demi pendedahan yang berani telah dibuat terhadap UEL (Ustaz Ebit Lew). Maka, saya minta UEL agar tampil ke hadapan dengan menafikan atau menyaman mereka yang anda anggap sebagai fitnah.

“Walaupun kes ini masih dalam siasatan polis, masyarakat khasnya followers (pengikut) anda perlu diberi pencerahan setuntasnya (tentang isu ‘panas’ yang sedang terpalit ini),” tulisnya.

Selepas Firdaus Wong Dedahkan Perbualan Berkait UEL, Kini PU Syed Pula Dedah Sesuatu Mengejutkan

HANTARAN status PU Syed dalam Facebook yang mendapat kecaman penyokong-penyokong Ustaz Ebit Lew.
PU Syed berkata, dia sebolehnya enggan mempercayai segala fitnah yang dilemparkan kepada Ebit namun apabila semakin ramai mangsa tampil ke hadapan melakukan laporan polis dan sebagainya, kepercayaannya semakin mengendur.

“Namun apabila semakin ramai para asatizah muncul mendakwa perkara yang serupa dan disokong dengan laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh ‘mangsa’, maka sangka baik saya semakin mengendur. Saya berharap isu ini dapat diadili dengan sebaik-baiknya serta membongkar kisah sebenar.

Dalam pada itu, menerusi hantaran status sama, PU Syed, 39, menasihatkan agar masyarakat tidak bersikap taksub terhadap seseorang hanya kerana kebaikan yang dipertontonkan.

“Setiap kebaikan pasti akan dikenang, namun janganlah menggunakan kebaikan itu untuk menutup kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

“Taksub pengikut juga adalah satu barah, taksub kepada kebaikan suatu yang dipuji syarak tetapi jika taksub secara melulu sehingga tidak nampak langsung buruk yang sedang ditampal adalah sesuatu yang mendukacitakan,” luahnya.

Menurut Firdaus, pendedahan itu dibuat berdasarkan kiriman serta permintaan daripada mangsa sebagai memberi kesedaran kepada masyarakat dan mengalakkan mereka yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Difahamkan, semua bukti tersebut telah pun diserahkan kepada pihak polis.

20 Ogos lalu, siasatan ke atas Ebit Lew dilakukan berikutan aduan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Polis mengesahkan menggeledah rumah pendakwah terkenal tersebut bagi melengkapkan siasatan.

Ebit mendakwa, kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.

Sumber: KONLINE via stephenajito.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*