firdaus wong dedah chat

Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai kes gangguan sekksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew. Difahamkan, siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mngsa yang dikaitkan dengan kes gangguan sek-ksual.

Terbaru, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menerusi Telegram mendedahkan rakaman suara dan perbualan Iucah didakwa milik Ebit Lew.

Menurut Firdaus, pendedahan itu dibuat adalah permintaan daripada mngsa untuk memberi kesedaran kepada masyarakat serta menggalakkan mereka yang pernah menjadi mngsa untuk tampil membuat laporan polis.

Firdaus turut berkongsikan perbualan didakwa milik pendakwah itu bersama seorang mngsa yang juga berstatus isteri antaranya permintaan bertukar pasangan serta melakukan sekks di hadapan satu sama lain.

 

 

 

Dalam pada itu, Firdaus berkata dia dan pasukannya sudah bersedia jika ada pihak mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang. Jelasnya lagi, mangsa-mangsa telah pun membuat laporan polis.

 

“Kami akan bersama dengan mngsa-mngsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan. Jikalau ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman, kami telahpun bersiap sedia 100%.

“Segala bukti-bukti telah kami siap sedia andai ada mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan saman. Kami tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.

“Kini setelah siasatan telah selesai dan atas permintaan mngsa-mngsa, kami kongsikan beberapa bukti-bukti yang telah diserahkan kepada polis sebagai kesedaran untuk masyarakat serta mengalakkan lebih ramai mngsa tampil membuat laporan polis” tulisnya.

SUMBER  MURAI.MY via ROTIKAYA

https://www.rotikaya.com/firdaus-wong-dedah-perbualan-lucah-didakwa-milik-ebit-lew/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*