Akhirnya Kerajaan Setuju Benar Rentas Negeri, Tapi Ada Syaratnya

KERAJAAN bersetuju untuk membenarkan aktiviti rentas negeri, namun ia hanya akan berkuatkuasa apabila kadar v.aksinasi dewasa mencapai 90 peratus berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu merupakan antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik, pada Rabu.

Untuk rekod, setakat Selasa (21 September), Malaysia telah mencapai kadar 80 peratus populasi penduduk dewasa yang lengkap menerima imunisasi C.ovid-19.

Selain itu, terdapat beberapa kelonggaran yang bakal dilaksanakan melibatkan premis pelancongan dan operasi perniagaan melibatkan pelbagai sektor.

“Kerajaan menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut adalah:

1) Kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 malam berkuatkuasa 23 September 2021.

2) Membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dibenarkan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar v.aksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM.

3) Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness), dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap v.aksin bermula 1 Oktober 2021.

4) Premis pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN berkuatkuasa 1 Oktober 2021 dengan semua pengusaha/operator dan pengunjung lengkap div.aksin.

5) Kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap div.aksin.

6) Warga asing yang tiba di pintu masuk antarabangsa perlu menanggung kos ujian RT-PCR di pintu masuk negara, manakala bagi warganegara adalah percuma.

7) Kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa bagi Negeri Sembilan (Fasa 3 kepada Fasa 4), Pahang (Fasa 2 kepada Fasa 3) dan Johor (Fasa 1 kepada Fasa 2) berkuatkuasa 24 September ini.

TERKINI!
PM umumkan kebenaran RENTAS NEGERI dan pembukaan semula pusat pelancongan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa.

Bermula esok, operasi premis perniagaan seperti kedai runcit, restoran, stesen minyak & kedai serbaneka dipanjangkan bermula dr jam 6 pg hingga 12 mlm.

Boleh rentas negeri sebaik capai 90 peratus vaksinasi dewasa

Rakyat dibenarkan merentas negeri dengan syarat negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan. – Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya hari ini.

Selain itu, beliau memaklumkan, kerajaan turut membenarkan pembukaan pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan apabila mencapai kadar vaksinasi berkenaan.

“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM.

“Pusat, premis dan produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba, juga dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN berkuat kuasa 1 Oktober 2021 dengan semua pengusaha, operator dan pelawat atau pengunjung lengkap divaksin,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan selepas kira-kira lapan bulan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Malaysia berjaya mencapai kadar 80 peratus daripada penduduk dewasa lengkap menerima vaksin COVID-19.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*