Mohon tk payah dtg Mlaysia lg. Klu tdak asyik berita sis saje d tahun lepas tak sudah-sudah

PETALING JAYA – Terkilan dan enggan berterusan menjadi sasaran pembuli siber, Nourul Depp memulangkan paku buah keras kepada pemilik akaun Instagram yang tidak habis-habis cuba merendah-rendahnya dirinya dalam laman sosial.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Nourul atau nama lengkapnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, berkongsi tangkap layar mesej yang dikirimkan seorang pengguna Instagram apabila mengeluarkan kenyataan, kononnya bersyukur kerana akhirnya penyanyi itu telah berpindah ke luar negara.

“Alhamdulillah pergi pun (berpindah). Makbul doa rakyat nak sis (Nourul) pergi sana. Mohon tak payah datang Malaysia lagi. Kalau tidak asyik berita sis sahaja daripada tahun lepas tak sudah-sudah,” tulis pengguna Instagram tersebut.

NOURUL DEPP berkongsi tangkap layar individu yang menulis komen mengjengkelkan berhubung perhijrahannya sekeluarga ke Bali.

Kenyataan menjengkelkan tersebut membuatkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Kerana Terluka itu tertanya-tanya, adakah manusia sebegitu sebenarnya mempunyai masalah mental.

“Kalau berada di tempat saya, apa yang anda rasa? Kesian mental sesetengah manusia dan kesian juga mental mereka yang sering terkena dengan manusia sebegini.

“Terfikir kalau kami kena, orang lain lagilah. Dalam masyarakat kita, ramai yang kena seperti ini (mangsa buli siber),” kata Nourul.

Malah penyanyi itu juga bimbang memikirkan kesan mental anak-anak jika mereka memiliki sosial media suatu hari nanti.

“Perlu ke buli siber sebegini wujud? Macam mana nanti kesan mental anak-anak kita apabila mereka ada sosial media nanti?

TANGKAP layar luahan Nourul Depp dalam media sosial.


Dia sakitkan hati saya, dia sakitkan juga hati pengikut saya. Dia berdosa bukan dengan saya sahaja, tetapi dengan semua pengikut dan peminat yang sayang saya,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berkulit hitam manis itu memohon supaya individu yang suka membuli orang lain supaya mengambil iktibar dengan apa yang bakal berlaku kerana bimbang dosa yang dilakukan susah untuk diampunkan.

“Susunlah langkah nak minta ampun dengan saya nanti,” kata Nourul.

Terdahulu, Nourul bersama suaminya, Eric Daniel serta tiga orang cahaya matanya telah berlepas ke Bali, Indonesia pada Ahad lalu selepas mengambil keputusan untuk menetap di sana demi masa depan anak-anaknya.

Nourul memaklumkan penghijrahan yang sepatutnya dibuat tahun lalu tergendala disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Dia dan Eric yang mengendalikan bisnes makanan kesihatan terkemuka nekad memilih pulau berkenaan bersandarkan masa depan serta prospek pendidikan anak mereka.

Malah pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2012 itu sudah mendaftar di sebuah sekolah berkonsepkan kemahiran sejak awal tahun.

Pada masa sama, Nourul mengakui suaminya mahu berhijrah ke destinasi terkenal itu kerana pernah menetap selama dua tahun di sana.

Sebelum itu, dia pernah menyuarakan rasa sedih apabila keputusan untuk berhijrah mendapat kecaman teruk daripada netizen

Nourul Depp jelaskan kenapa anak sulung tak ikut ke Bali
Kuala Lumpur: Penghijrahan penyanyi, Nourul Depp bersama suami, Eric Daniel Depp dan tiga anak mereka, Zachary, Raphael dan Isabella ke Bali, Indonesia tanpa anak sulungnya, Ayu Nazirah menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen di media sosial.

Ayu, 23, adalah anak hasil perkahwinan Nourul dengan bekas suami, Ajai yang juga komposer dan penyanyi popular.

Nourul dan Ayu yang tampil dalam sesi video secara langsung berkata, Ayu tidak dapat turut serta ke Bali kerana isu berkaitan visa dan situasi penularan C0vid-19 ketika ini.

NOURUL dan Ayu dalam sesi video secara langsung.

“Ayu memang dah tahu saya akan berpindah ke Bali sejak saya berkahwin lagi. Saya berusia 44 tahun dan bukan dalam usia persaraan, manakala suami sudah berusia 56 tahun dan mendapat visa untuk berhijrah.

“Saya pun ‘tumpang’ visa Eric. Ayu pula berbintikan Ajai, jadi kami tak dapat bawa Ayu,” katanya.

Menurutnya, sekiranya bukan kerana Covid-19, Ayu akan turut serta bersamanya ke Bali. Namun, disebabkan situasi berkenaan, Ayu tidak dapat ke sana.

“Selepas pintu sempadan dibuka semula, Ayu akan datang ke sini (Bali). Ramai yang bertanya, kenapa Ayu tak ikut. Susah saya nak menjawab satu persatu,” katanya.

Sementara itu, Ayu berkata, dia kini sudah mula hidup berdikari.

“Saya semakin meningkat dewasa. Memang dari dulu lagi saya dah tahu bahawa keluarga mama akan berpindah ke Bali kerana itu adalah impian bapa tiri saya.

“Saya pula anak bapa yang lain. Kalau tukar nama nanti, drama lain pula. Alhamdulillah, saya pun sudah bekerja dan boleh menyara kehidupan saya.

“Saya berbesar hati kerana mama berikan peluang kepada saya untuk berdikari. Saya gunakan peluang ini untuk belajar hidup sendiri,” katanya.

Nourul juga tidak menafikan bahawa perpisahan dengan anaknya itu umpama dia kehilangan sebahagian daripada dirinya.

“Sewaktu di dalam pesawat, saya rasa seperti separuh daripada badan saya tertinggal di Malaysia. Memang saya rasa sangat sedih, namun, Ayu ada pilihan hidupnya sendiri.

“Dia ada ayah dan pasukan kerjanya di Malaysia. Ramai yang akan bantu untuk menjaganya di Kuala Lumpur. Banyak kenangan di Malaysia dan keluarga saya pun ramai di tanah air. Sebagai ibu, kalau kena tinggal macam mana pun, kalau tak cerai sekalipun, anak pergi sambung belajar pun memang rasa hilang separuh badan,” katanya.

Nourul juga meminta pengikut dan peminatnya akan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan anaknya.

“Kita doakan yang terbaik untuk keluarga dan juga Ayu. Ini fasa baru dalam hidup saya dan anak saya. Saya nak anak saya menjadi anak yang kuat,” katanya.

Nourul bersama suami dan tiga anak mereka kini menjalani kuarantin di Jakarta.limauasamboi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*