“Saya Peguam Dia Pada Mulanya’- Siti Kasim Bongkarkan Punca Sebenar Sajat Larikan Diri Ke Thailand

Isu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat masih hangat diperdebatkan di media sosial dan kini giliran peguam terkenal Siti Kasim pula berkongsi pandangannya terhadap apa yang menimpa Sajat.

Siti Kasim Salahkan Peguam Tidak Cekap Lawan Kes


Melihat situasi Sajat pada ketika ini, Siti Kasim menyalahkan peguam Sajat kerana tidak berkebolehan melawan kes yang diserahkannya. Siti Kasim juga mendakwa dirinya tahu Sajat terpaksa melarikan diri kerana di buru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Foto – Twitter Siti Kasim
“Saya pada awalnya adalah peguam kes tersebut tetapi diambil alih peguam lain untuk menyelesaikannya, tapi malang tidak berjaya. Sajat kalah kes tersebut kerana peguam tidak cekap.

Dia ada kes yang bagus menentang bekas pekerjanya. Saya tahu fakta. Sajat terpaksa melarikan diri kerana di buru JAIS.”

Siti Kasim Jelas Sajat Lari Bukan Kerana Kes Sivil Tapi JAIS


Selain itu, Siti Kasim juga turut meluahkan punca usahawan kosmetik tersebut melarikan diri bukan kerana kes sivil yang seperti orang ramai sangkakan.

Foto – Twitter Siti Kasim/ Instagram @nursajat24
“Menakjubkan bagaimana orang ramai percaya dia lari kerana kes sivil? Itu tidak benar. Dia lari kerana JAIS mahu dakwa dia kerana memakai baju kurung semasa majlis. Jangan percaya fitnah.”

Dimaklumkan sehingga kini pihak berkuasa masih lagi mencari Sajat dan menggesa agar usahawan tersebut pulang ke Malaysia dengan rela.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*