Dituduh B3ng@p Dan S0mb.0ng, Rita Rudaini ‘Sound’ Penerbit?

Tular di media sosial Rita Rudaini di mana pelakon jelita ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penerbit CITRA Production Sitiroy Tan atau nama sebenarnya Siti Rohaya Attan, yang secara tiba-tiba mengaitkan aktres berkenaan mengenai vaksin di laman Facebooknya.

“Pelakon Rita Rudaini kata hak dia takmo di vaksin. Eh… Nak shooting tu wajib ada sijil vaksin kan?”

Foto – Facebook Sitiroy Tan


Orang Berumur Tak Semua Matang – Rita


Gara-gara memuatnaik posting berkenaan penerbit tanah air ini teruk dikecam dengan peminat aktres tersebut, dan konflik tersebut berterusan bila mana penerbit berkenaan mengatakan Rita seorang yang sombong dan bengap di laman Facebooknya.

“I tulis pasal tu.. Dia siap cakap I sakit.. Siap cakap bukan I yang bayar bil dan beli beras untuk dia… Artis perempuan dari utara.. Penyokong dia siap maki hamun dekat wall I. Kita tengok sejauh mana kesombongan tu. Malas nak layan orang bengap.”


Melihat komen Siti Roy tersebut, Rita meluahkan rasa tidak puas hatinya dan mempersoalkan tujuan penerbit berkenaan secara tiba-tiba memetik namanya di media sosial dan menganggap penerbit berkenaan sakit.

“Cuba hang pikiaq sendiri.. Duduk diam-diam. Pikiaq dalam-dalam.. Hang pon lagi berumuq dari cheq kan.. Tapi orang berumuq ni tak semua matang sebenaqnya… Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak..

Tolonglah… Bila aku ingatkan hang, hang tuduh aku sombong… Tang mana yang aku sombong?? Aku pon tak fahamlah cara pikiaq hang ni.. Hang mesti tak suka kalau orang cuit hangkan.. Jadi?? Apa salah aku dekat hang? MEMANG HANG SAKIT!”

Rita Jelas Lebih Baik Bengap Dari Sakit Ganggu Hidup Orang lain
Selain itu, Rita juga mengatakan dirinya lebih rela menjadi seorang yang bengap daripada jadi individu yang mengganggu hidup orang lain. Malah pelakon veteran ini juga memperli sikap Siti Roy yang sibuk mengata orang lain di Facebooknya itu,mengalahkan orang muda.

“Kalau hang kata aku bengap.. Bengap-bengap aku pun, aku tak kacau hidup orang oii… Hang tu dah tua-tua banyak istifar noh.. Makin tua makin galak ber’FB’…

Mengalahkan orang muda.. Hang nak main FB ka, TikTok ka, tapi tak payahlah mengata orang yang tak ada ganggu hidup hang pun.. Baik bengap dari ‘Sakit’.. Dah tua-tua saiko!”

Dalam hantaran di Instagramnya, pelakon ini mengatakan jika penerbit berkenaan seorang yang sihat dan memahami, isu seperti ini tidak akan berlaku.murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*