Minta diajar kalimah syahadah sebelum dit1.durkan

|Video|”sebelum saya ditidurkan,saya nk masuk islam..” – makcik yg terbrng smpat ucap kalimah syahadh msuk islam,ptugs bntu ucap syahadah dengan ikhlasMeskipun pande.mik Cov19 dianggap sebagai mengan.cam nya.wa, namun masih terdapat hi.kmah di sebalik kej.adian bagi segelintir individu sekali gus dapat mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Terbaharu, tu.lar sebuah video di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna laman Facebook, Jhaysa Daud hari ini memaparkan seorang wanita dipercayai pesa.kit Cov19 terbu.ka hati bagi memeluk Islam.

“Seorang wanita di Sandakan, Sabah minta masuk Islam sebelum diti.durkan,” dakwa Jhaysa menerusi ruangan kapsyen posting tersebut.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 15 saat itu, wanita berkenaan dilihat sedang terba.ring di atas ka.til hos.pital dengan menggunakan ti.ub ban.tuan perna.fasan sebelum didatangi beberapa petug.as kesih.atan.

Petu.gas tersebut yang lengkap dengan pakaian perlin.dungan diri (PPE) tu.rut memegang sekeping kertas tertulis dua kali.mah syah.adah bagi memudahkan pro.ses pengi.slaman.

“Okey aunty, aunty tahu kan apa kita mahu buat. Kita dah belajar tadi kan. Kasi ni.at, seik.hlas ha.ti,” kata petugas berkenaan.

Selepas mengangkat jari telunjuk, wanita tersebut secara perla.han-la.han mengikuti lafaz yang disebut petu.gas itu sehingga selesai termasuk mak.sud di sebalik kalimah suci Allah SWT itu.

“Alhamdulillah aunty, dengan mengucap dua kalimah syahadah tadi, aunty sudah menjadi Muslim ya. Muslim sudah amin,” ujarnya.

Bagaimanapun, tia.da maklumat lanjut dan kesa.hihan mengenai rakaman video tersebut yang telah mengu.ndang pelbagai reaksi posit.if warganet.omm

Minta diajar kalimah syahadah sebelum ditidurkan

PETALING JAYA – Kisah seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum ditidurkan di sebuah hospital, tular di media sosial, hari ini.

Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah menerusi laman Facebook hari ini memuat naik sebuah klip video memaparkan tiga jururawat berada di samping warga emas itu dengan seorang daripada mereka mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

“Sebelum ditidurkan aunty (mak cik) ini minta disyahadahkan dua kalimah,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut malam ini.

Wanita itu kelihatan melafazkan kalimah suci itu satu persatu dengan agak lancar tanpa menghadapi masalah.

Dalam pada itu, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dalam satu hantaran di laman Facebook beliau berkata, warga emas itu semakin beransur sihat dan dia tidak ditidurkan.

“Seorang daripada anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam. Kejadian ini dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan di Sabah,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, seorang pemilik akaun Facebook bernama Azlinah Awlynn tampil mengaku dirinya merupakan menantu kepada warga emas itu.

Menurut wanita itu, ibu mertuanya kian beransur pulih meskipun sebelum ini disahkan doktor berada dalam fasa kritikal.

“Ini adalah niat ibu mertua sebelum disahkan menghidap Covid-19 tahap 5. Alhamdulillah dengan bantuan Biro Agama Hospital Duchess of Kent niat untuk memeluk Islam dipermudahkan. Terima kasih yang mendoakan semoga Allah melindungi kalian semua,” tulisnya.

Tangkap layar komen seorang wanita yang mengaku warga emas berkenaan merupakan ibu mertuanya.
Kebanyakan netizen menyifatkan wanita itu sangat beruntung kerana diberi hidayah dan mendoakan kesembuhan wanita itu.

“Moga Allah permudahkan beliau untuk mendalami ilmu agama. Terima kasih barisan hadapan. Jasa anda amat besar ganjaranya,” komen Mohd Pilus.

“Jika ada kenalan atau sahabat kita menyatakan hasrat memeluk Islam dengan reda, maka waktu itu juga kita ajar dia mengucap. Tidak kira di padang bola atau kedai kopi perlu disegerakan. Lepas itu baru pergi ke institusi berkenaan,” saran Herman Sainal.

“Setuju. Lagi bagus kalau ada saksi dan bukti rakaman sekiranya berlaku pertikaian. Tetapi yang utama insan itu betul-betul faham apa yang diucapkannya,” sokong Izzati Manap.

“Mak cik umpama bayi yang suci baru lahir. Alhamdulillah. Tahniah mak cik. Semoga sembuh dan sihat daripada Covid-19,” kata Iziza Absha.

“Apa yang penting bersihkan hati selalu. Sebab hati yang menentukan bagaimana pengakhiran seseorang bukan asalnya. Moga kita semua mendapat husnul khatimah (pengakhiran yang baik),” tulis Ann Fardan. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*