ini tindakan nora danish

Tampil ‘daring’ ketika bercuti di Langkawi, Nora Danish tutup komen

Nampaknya imej seksi pelakon cantik, Nora Danish masih menjadi topik bualan pada minggu ini. Belum selesai isu gambar tayang punggung yang dimuat naik sebelum ini, Nora kembali ‘menyegarkan’ mata netizen dengan penampilan daring sewaktu bercuti di Langkawi.

Penampilan lain macam

Pelakon drama Covid Oh Covid ini dilihat bercuti bersama suami, anak serta rakan di tempat peranginan tersebut seusai pihak kerajaan membenarkan gelembung pelancongan di pulau berkenaan dimulakan 16 September 2021.

Namun, ‘outfit’ yang dipakai Nora kembali menjadi sorotan ramai kerana begitu mencolok mata mereka yang melihat.

Sedih tengok pakaian


Walaupun telah menutup ruangan komen disebabkan penampilannya yang agak ‘daring’, beberapa komen pedas telah terlepas di posting sebelumnya.

Seperti biasa, kecaman-kecaman yang diterima banyak melibatkan penampilan pelakon berusia 39 tahun itu yang kurang bersesuaian dengan dirinya yang beragama Islam.

 

Teringat time khatam haritu

“Tutup komen takut kena kecam ke tu?”

Pemandang cantik sangat

 

Walau bagaimanapun, Nora tetap memuat naik gambar percutiannya di Instagram tanpa menghiraukan kecaman-kecaman tersebut.

Selain daripada penampilannya yang seksi, gambar-gambar di pulai percutian tersebut sememangnya cukup indah lebih-lebih lagi tempat penginapan mereka sekeluarga adalah di hotel mewah betul-betul berhadapan dengan pantai.

Menjadi trend masa kini apabila ramai selebriti Malaysia dilihat sudah mempunyai akaun TikTok mereka sendiri dengan kongsikan bermacam video termasuk video menari.

Pelakon cantik manis yang dilihat seperti tidak dimamah usia iaitu Nora Danish merupakan salah seorang selebriti yang sering kongsikan video menari menerusi aplikasi terkenal tersebut.

Video Player

Namun kali ini video TikTok Nora telah menjadi lain apabila ruangan komen posting tersebut telah dibanjiri dengan banyak komen n4kal daripada penonton.

Sehingga ada yang memberitahu mereka menonton video itu berulang kali untuk melihat bahagian baju tersel4k sahaja.

video lain

 

Di dalam video tersebut, kelihatan butang baju Nora sedikit terbuka sehingga menampakkan baju dalamnya tetapi kemungkinan itu merupakan singlet yang dipakai oleh ibu kepada dua cahaya mata itu.

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat menegur tentang aur4t Nora dan berharap agar beliau dapat menutupnya dengan sempurna.

Tudung rekaan 'pelik' ini komen comel Nora Danish Jika diikutkan di laman sosial sekarang ini ramai yang mengertawa dengan pelbag… | Beberapa orang, Orang, Tudung

Tetapi seperti yang kita tahu, Nora bukan lah seorang yang cepat melenting sekiranya ada yang meninggalkan komen begitu.

Nora langsung tidak membalas sebarang komen yang ditinggalkan oleh penonton.

Sumber foto dan video: TikTok Nora Danish

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*