akhirnya kacak bersuara, Kalau Bagi INI Baru Setuju mama Kahwin

Kacak kata dia tak kisah pun ibunya, DS Vida nak kahwin lagi.

Tapi katanya dia tak akan setuju dengan mudah tentang siapa pilihan ibunya itu

“First of all, saya nak cakap kalau mama nak kahwin im just gonna agree wit it guys. But not gonna agree macam tu je la.

No, you have to give me some, you know (duit). If he wants my mom, then give me some of duit. Yes money, yes talk. No money, no talk.

“Give me some duit and I will agree with everything, dont worry. Saya bukan pisau cukur ke apa but money works you know,”katanya seperti dipetik dari Gempak.

Biodata Kacak, Anak Dato Seri Vida

Siapa Kacak? Pemilik nama penuh Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau lebih terkenal sebagai Kacak ini merupakan anak kepada usahawan kosmetik, Dato Sri Dr Hajah Hasmiza Othman atau lebih glamor sebagai Datuk Seri Vida (DSV). Selain itu, beliau juga adalah adik kepada Nur Edlynn Zamileen yang dipanggil ramai sebagai ‘Cik B’.

Berikut dikongsikan serba sedikit biodata dan latar belakang mengenai instafamous remaja meningkat naik ini.

Biodata
Nama sebenar: Muhammad Eric Zecquan bin Mohd Amin
Nama popular: Kacak
Umur: 14 tahun (2021)
Tarikh lahir: 12 Mac 2007
Ibu bapa: Mohd Amin Yasin (bapa) dan Dato Seri Dr Hajah Hasmiza Othman (ibu)
Adik beradik: Anak bongsu daripada 4 adik beradik (Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamileen / Cik B)
Instagram: @kacak_._

Fakta Menarik
1. Seorang yang mudah didekati khalayak dan senang berkawan dengan sesiapa.
2. Menggemari sukan bola sepak dan penyokong kuat kelab Manchester United!
3. Memiliki lebih 62,000 pengikut di laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @@kacak_._.
4. Berminat dalam bidang seni bina.
5. Gemar bermain permainan video (game) telefon bimbit serta sukan bola sepak bersama-sama dengan kakaknya, Cik B.
6. Kedua ibu bapanya telah bercerai ketika dia berusia setahun.
7. Dua abangnya, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, meninggal dunia selepas terkorban dalam kebakaran rumah di Meru Hill, Ipoh pada 3 Ogos 2013, beberapa hari sebelum tibanya sambutan hari raya Aidilfitri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Cik B ‘geli’ dengar janji bakal ‘daddy’.

Kuala Lumpur: “Rasa ‘cringe’ (geli),”.

Demikian kata pelakon dan penyanyi, Cik B ringkas dalam video sebagai reaksi kepada luahan bakal suami Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Bila masa saya anak dia? Macam itulah. Saya rasa macam ‘Eeee’,” kata Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamileen Mohd Amin sambil menghempas meja.

Video pendek itu dimuat naik oleh Vida di Instagram Story yang memaparkan bagaimana anak sulungnya itu masih lagi protes dengan perancangannya untuk berumah tangga.

Terdahulu, Vida memuat naik video romantisnya bersama Iqbal dan di dalam video itu, Iqbal meluahkan janjinya untuk menjaga kedua-dua anak Vida.

“Saya akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak,” katanya kepada Vida.

Terdahulu, heboh di media sosial dan portal berita mengenai perancangan perkahwinan Vida dan Iqbal yang mencuri perhatian ramai.

Lebih mencuri perhatian adalah apabila Cik B beberapa kali mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan perancangan dibuat ibunya itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*