Masjid Putra Sedia Kuota 30 Tempat Untuk VIP – Imam Besar

Pada hari Jumaat yang lepas, tular satu video di pintu masuk perkarangan Masjid Putra, Putrajaya apabila sekumpulan orang berkumpul di kawasan tersebut kerana tidak dapat masuk ke dalam masjid untuk solat Jumaat berjemaah kerana kuota telah penuh.

Tidak lama daripada itu, datang sebuah kereta mewah menurunkan seorang VIP dan dua orang yang dipercayai sebagai pengawal keselamatan dapat memasuki ke dalam masjid.

 


Disebabkan salah faham ini, pihak Masjid Putra mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas kekhilafan pada pihak mereka serta memberitahu bahawa pengurusan masjid memperuntukkan sebanyak 300 kuota untuk kehadiran berjemaah untuk solat Jumaat.

Berkenaan insiden yang berlaku, pihak masjid telah menasihatkan para jemaah yang tidak dapat masuk secara baik serta memaklumkan tentang kuota yang telah penuh itu.

YosriMasjidPutra

Imsm Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim dalam astu hantaran video live di Facebooknya menerangkan, memang terdapat kuota sebanyak 10% iaitu 30 orang untuk VIP. Menurut penjelasannya,kuota 10% itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

“Tuan-tuan kena faham, Masjid Putra adalah masjid kerajaan, duduk di sebelah Jabatan Perdana Menteri. Jadi kita kena bagi kuota sedikit, tak banyak, 10 peratus sahaja. Untuk siapa? Untuk VIP. Jangan marah saya, itu ketetapan.

“Kita nak bagi peluang kepada VIP – pengarah dan ke atas. Mereka ini sibuk, kadang-kadang lambat keluar daripada mesyuarat pada hari Jumaat. Jadi kita bagi peluang kepada mereka untuk penuhkan kuota 30 orang, (manakala) 270 kuota untuk jemaah biasa,” katanya.

BACA: Disangka Meninggal, Masjid Kecoh Bila Pemuda Ini Tidur Mati Masa Khutbah Jumaat 2Disangka Meninggal, Masjid Kecoh Bila Pemuda Rupanya Tertidur Masa Khutbah Jumaat

Sumber: Malaysiakini dan RK

komen2 netizen

baca banyak lagi komen sini

https://www.facebook.com/269301935826/posts/10159880446675827/?d=n

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*