DS Vida Nak Kahwin Dengan Iqbal, Sekali Ini Respon Padu Cik B

Pura-pura terkejut dan tak tahu,” demikian reaksi ringkas anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B.

Menciap perkara terbabit di Twitternya pada Rabu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, turut mengulang kicau entri seorang pengguna di platform berkenaan.

Tulis individu terbabit ‘harap Cik B takda sosial media’ secara sarkastik merujuk kepada kenyataan Vida kepada media tempatan baru-baru ini.

Dalam kenyataan tersebut, Vida memaklumkan dia masih belum berani untuk memberitahu anak sulungnya itu tentang hasratnya untuk berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Justeru, Vida mahu khabar gembira itu diketahui Cik B menerusi laporan media, bukan dari mulutnya sendiri.

Respon Cik B itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang terhibur dengan telatah anak beranak itu.

“Cik B bagi ke mama kahwin lagi. Kalau anak auntie tak bagi,” ciap pemilik akaun @Hanita2662Blues.

“Tanya mama betul ker mama cakap macam tu (nak kahwin),” tambah @nurshizukaa.

Kisah Vida dan Iqbal mula menjadi sorotan ramai selepas pelantun lagu I Am Me itu membuat ujian kesuburan dan menyatakan hasratnya untuk memiliki zuriat.

Hal itu disambut baik oleh Iqbal yang sudah lama menaruh hati dan harapan kepada usahawan kelahiran Kelantan itu.

Nak nikah Disember, Vida belum berani beritahu Cik B

PETALING JAYA – “Memang betul nak kahwin. Bukan main-main atau publisiti kerana saya rasa memang jodoh dah sampai.”

Demikian kata t4ikun kosmetik, Datuk Seri Vida atau nama lengkapnya, Hasmiza Othman, 50, berhubung kesahihan khabar angin kononnya akan menamatkan zaman janda dengan lelaki muda bernama Ahmad Iqbal Zulkefli menjelang Disember nanti.

Vida ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan, jika Pelan Pemulihan Negara (PPN) disebabkan virus Covid-19 sudah ditamatkan pada Disember, dia mengimpikan sebuah perkahwinan gilang-gemilang.

“Benar dan saya mahukan majlis ‘wedding of the year’. Perkahwinan adalah perkara yang bukan kita selalu buat. Kalau PPN dah tamat, saya memang akan adakan majlis besar-besaran tapi semua yang hadir kena lengkap dua dos dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tarikhnya saya akan beritahu nanti.

“Saya percaya, bukan hanya media tempatan yang akan hadir membuat liputan tetapi media Indonesia turut akan berpusu-pusu membuat liputan,” katanya yang pernah ditemu bual media Indonesia, Trans7 setahun lalu.

Kata Vida, dia sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT untuk dipermudahkan urusan jodoh dan akhirnya, dia sudah membulatkan tekad untuk berkahwin dengan Iqbal biarpun berjarak usia sebanyak 22 tahun.

“Saya sudah berdoa, dah buat solat Istikharah dan saya pasti, Iqbal adalah jodoh saya. Dia seorang lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.

“Saya dah lama berkawan dengannya (Iqbal). Saya tak minta banyak cuma doa yang baik-baik daripada orang ramai agar ikatan perkahwinan kali ini berkekalan hingga hujung ny4wa,” ujarnya.

Ditebak tentang penerimaan anak-anak dengan perancangan perkahwinan sekali lagi ini, Vida mengakui belum mempunyai keberanian untuk berbincang soal tersebut dengan anak-anak, terutama anak perempuannya, Cik B atau sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.

“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).

“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya,” katanya.

Malam tadi, menerusi sesi IG Live, perkongsian Vida menarik perhatian ramai apabila berkongsi jangkaan tarikh perkahwinan dengan Iqbal yang juga merupakan bekas pembantu peribadinya.

Meskipun tidak mengumumkan sebarang tarikh, namun Iqbal sendiri tampil memberikan respons ketika sesi live berkenaan dengan meninggalkan komen ringkas yang berbunyi : “Bulan 12”. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*