BAM buat b untuk atlet para

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan merangka satu pelan khusus (blueprint) melibatkan semua persatuan di peringkat negeri dalam mencari bakat baharu untuk ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Parabadminton, Perubatan dan Anti-Doping BAM, Dr. Naharuddin Hashim berkata, perancangan itu juga akan melibatkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) serta Majlis Sukan Negara (MSN) dalam usaha untuk mencari pemain yang berkaliber.

Katanya, pendekatan itu perlu meandangkan badminton sudah ipertandingkan di Sukan Paralimpik dan memerlukan perhatian serius dalam meneruskan kesinambungannya.

“Pingat emas memang menjadi buruan kita selama ini tidak kira Olimpik atau Para­limpik kerana ia pencapaian teringgi buat pemain dan negara, jadi perkara ini perlu dite­ruskan.

“Perkara ini bukan mudah kerana perlu melibatkan semua pihak dalam mencungkil bakat-bakat baharu terutama di peringkat negeri dan kita akan lakukan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Cheah Liek Hou berjaya memenangi pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo dalam ­kategori SU5 dan menjadi pemain badminton pertama meraih kejayaan itu.

Beliau berkata, BAM akan memberi imbuhan istimewa buat Liek Hou kerana kejayaannya itu.

“Liek Hou kita sudah boleh anggap legenda kerana kejayaannya dan kami di BAM akan memberikan imbuhan istimewa kepadanya,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*