Alaaa Comel Macam Sunio Elly Mazlein Potong Rambut Suami

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mencuri perhatian apabila berkongsi video memotong rambut suaminya, Mohammad Azlan Che Noh di Instagram.

Dalam video tersebut, Elly kelihatan memotong rambut Azlan menggunakan mesin di halaman rumah mereka.

“Ada ni tengah nak potong rambut adik,” seloroh Elly di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu mencuit hati ramai pengikut Elly yang terhibur dengan gelagatnya yang selalu berjenaka.

Ramai juga yang mengusiknya, malah ada juga yang mengatakan rambut suami Elly kelihatan seperti watak kartun Sunio dalam Doraemon selepas dipotong.

“Alaaa comel macam Sunio.

“Mesti tunggu lama result ni.

“Wah boleh buka kedai ni Kak Elly,” tulis netizen.

Dalam perkembangan lain, Elly kini hamil sekitar enam ke tujuh bulan.

Terdahulu, Elly dan Azlan yang merupakan seorang guru mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

Komen-komen netizen.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*