Baru sebulan berpantang, Tokti sudah kembali langsing. Rupanya ini cara dan tips Tokti

Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mencuri tumpuan ramai apabila tampil lebih langsing di pagi raya.

Perubahan itu dapat dilihat menerusi beberapa gambar terbaru dimuat naik di Instagramnya hari ini.
Perkara itu sekali gus mengejutkan ramai pihak khususnya peminat memandangkan penyanyi kesayangan ramai itu Baru saja melahirkan anak kedua pada 17 April lalu.

“Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kami sekeluarga,” katanya menerusi posting berkenaan.

Gambar berkenaan kemudian dikongsi semula peminatnya di platform Twitter.

Kebanyakan mereka meluahkan rasa gembira apabila Siti dilihat kembali langsing dan berkemungkinan bersedia untuk membuat ‘comeback’.

“Macam zaman anak dara dulu, slimnya TokTi” “Siti Nurhaliza is back guys, cepat dia kurus”

“Cantiknya tokti, kurus-kurus ni mesti nak buat comeback,” tulis beberapa netizen. Anda boleh lihat penampilan raya Siti Nurhaliza di bawah.

Sekadar info, Siti dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.

Siti Nurhaliza kemudian melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 6.21 pagi, 17 April lalu.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/fuyooo-macam-anak-dara-tak-sampai-sebulan-bersalin-siti-nurhaliza-kembali-langsing-50014

Sebelum ini Tok Ti Pernah Kongsi Tip Penjagaan Makanan Ketika Pantang 44 Hari

PROSES berpantang yang dilakukan jantung hati rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin merupakan sesuatu yang cukup istimewa kerana beliau mengambil pakej lima bintang.

Pakej penjagaan ibu dan anak kendalian Natal’s Mother Care selama 44 hari itu bukan sahaja menawarkan perkhidmatan berurut selepas bersalin namun is termasuklah aktiviti bertungku yang menjadi amalan ibu bersalin sejak turun temurun.

Malah Siti juga dibekalkan makanan berkhasiat mengikut jadual yang ditetapkan.

Ini ialah makanan tengah hari Siti Nurhaliza pada hari kedua menjadi ibu.

Menurut pemilik pusat khidmat penjagaan itu, Suzita Wirjon, 38, pihaknya turut menghantar dua orang pekerja bagi menjaga Siti Nurhaliza dan bayinya.

“Pakej berpantang selama 44 hari yang diambil oleh Siti itu merupakan yang paling istimewa di mana kami menyediakan makanan harian yang akan dihantar ke hospital dan rumah Siti, urutan tradisional serta bertungku.

“Selain itu pihak Natalis juga menghantar dua orang pekerja yang akan menjaga Siti dan bayinya pada waktu malam kerana mereka memerlukan penjagaan yang terbaik,” kata Suzita kepada mStar Online.

Berkenaan dengan makanan harian pula, pihaknya menyediakan ikan salmon berkualiti memandangkan ia adalah makanan kesukaan Siti selain ia mempunyai khasiat yang banyak.

Selain itu, pihaknya turut menyediakan bubur nasi kerana is antara makanan utama yang disarankan doktor dan sesuai untuk wanita bersalin secara pembedahan.

Malah, jika Siti mengikut aturan permakanan yang betul, dia boleh menurunkan berat badan dengan cepat.

VIDEO

“Bagi makanan harian untuk Siti, kami sediakan ikan salmon yang berkualiti. Siti sendiri yam membuat pemintaan nak makan ikan itu.

“Doktor pun ada sarankan untuk wanita bersalin secara pembedahan ini bubur nasi turut membantu mengenyangkan selain memudahkan proses penghadaman.

“Siti juga boleh turunkan berat badannya dengan cepat jika dia ikut aturan permakanan yang betul seperti disediakan,” ujarnya.

Kata Suzita, pakej yang diambil Siti itu bernilai RM8,800 namun tidak termasuk makanan tambahan dan dua orang pekerja.

Bagaimanapun, pihaknya tidak boleh memberitahu jumlah sebenar yang dibayar oleh penyanyi itu.
Selain Siti, antara selebriti yang turut mengambil pakej daripada Natalis Mother Care ialah Jihan Muse, Nora Danish, Fouziah Gous dan Eira Syazira.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*