Lelaki Ini Tidak Boleh Bercakap Atau Mendengar, Namun Gigih Buat Live Jual Pewangi Kereta Buat Orang Ramai Terpegun Dengan Video Livenya

Di mana ada kemahuan, di situlah ada jalan! Kata-kata ini sangat sesuai menggambar situasi yang dilalui oleh seorang lelaki ini. Meskipun memiliki kekurangan fizikal, tetapi ianya langsung tidak menghalang individu ini daripada mencari rezeki yang halal.

Lelaki pekak, bisu buat FB Live

Seorang pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Byqeels ada berkongsi satu screenshot akaun Facebook milik seorang lelaki, Mohd Redzuan Mohd Rasip kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak yang gigih menjual pewangi kereta di FB Live menggunakan bahasa isyarat.

Individu ini seakan bersimpati melihat lelaki berkenaan bersemangat melakukan live mempromosikan jualannya meskipun tidak mampu berbicara secara normal seperti orang lain.

Lebih meruntun hati apabila melihat jumlah viewers yang menonton live tersebut hanya beberapa orang sahaja. Sementara itu, di akaun TikTok isteri lelaki ini, dia meluahkan rasa syukur kerana suaminya itu gigih membuat live walaupun mereka masih belum mampu membeli ring light untuk digunakan sebagai pencahayaan tambahan ketika berniaga online.

Kegigihan lelaki ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji usahanya dalam mencari pendapatan yang halal selain tidak menjadikan kekurangan diri sebagai satu penghalang untuk tidak berbuat apa-apa.

Dalam kesempatan itu, mereka turut mendoakan agar lelaki ini dimurahkan rezeki dan berharap agar barang jualannya laku.

Gigih jual online

Promosi produk pewangi kereta

Tak ada modal beli ring light

Sumber: Byqeels, Mohd Redzuan Mohd Rasip, Cik Fieyka vIA oHBULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*