SubhanAllah, Lafadz Kalimah Allah Terbentuk Pada Batang Rambutan

Sedikit ingin san k0ngsikan pengal4man ketika balik ke k4mpung ialah perkara yang agak menarik iaitu terdapat k4limah “ALLAH” pada batang rambutan. Mulanya san diberitahu oleh abe Nik ten t4ng apa yang dilihat olehnya dan kak mah kat ke bun.

Kak mah balik c3ritakan kat rumah, kebetulan hari tersebut adalah tender ge tah. Untuk mey4kinkan lagi mek ayah, san dan keluarga, abe nik pergi balik ke p0kok tersebut dan menangkap beberapa k3ping gambar. Selepas k3rja-k3rja ten der ge tah, san bersama mek, kak ti, kak mah, abe nik pergi melihat sendiri p0kok tersebut.

Amat menakjubkan kerana tulisan tersebut begitu jelas. Tulisan tersebut terhasil daripada kvlit p0kok. Berikut merupakan gambar yang sempat san ambil.. Memandangkan kvlit ram butan jenis bertomp0k-tomp0k putih, ia sangat jel4s kerana kvlit itu gelembung kehitaman di bawah kvlit putih..

Sumber: Hafsan&Ashiah via MH

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Lekuk kalimah Allah di telinga bayi, anak pelakon Gerak Khas


KOTA BHARU: Keterujaan keluarga seorang pelakon menyambut kelahiran anak kelima, menjadi lebih istimewa apabila kedua-dua telinga bayi itu mempunyai tanda kelahiran menyerupai tulisan kalimah Allah SWT.

Pelakon, Mohd Zamri Ibrahim, 45, atau lebih sebagai Z Zamri, berkata keistimewaan yang dimiliki anak bongsu daripada lima beradik itu disedari isterinya, Fazilawati Ismail, 41, sehari selepas anak mereka dilahirkan.

Katanya, isterinya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram (kg) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 21 Julai lalu yang diberikan nama Faizatul Azwin Mohd Zamri kini sudah berusia 11 hari berada dalam keadaan sihat.

“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan, namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui aplikasi WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Zamri berkata, pada mulanya beliau dan isteri tidak menyedari tanda istimewa yang ada ada Faizatul Azwin sehinggalah pada keesokan harinya ketika isteri hendak menyusukannya, dia ternampak tulisan menyerupai kalimah Allah SWT di kedua-dua telinga anak mereka.

“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.

“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.

“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya.

Z Zamri yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas, berkata sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan membaca ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin.

“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengamalkan surah al-Fatihah dan ayat Kursi.

“Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu berselawat,” katanya yang berasal dari Pulau Seratus, Tumpat.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*