“Nak Wanita Yang Putih Melepak, Tak Pakai Tudung, Kaki Panjang”-Zarina Bagitahu Ciri2 Wanita Idaman Azal

Sebelum ini, pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan sedia membayar gaji bakal menantu asalkan sanggup berkahwin dan menguruskan anaknya Muhammad Raizal Azrai yang merupakan penghidap autisme.

Terbaru, Zarina mendedahkan menerima banyak mesej di Instagram daripada wanita yang mahu berkahwin dengan anaknya yang lebih mesra disapa Azal.

Kata Zarina lagi, lebih mengejutkan ada juga di antara wanita yang sebaya dengannya yang mahu berkahwin dengan Azal.

Bagaimanapun, Zarina berkata anak bujangnya berusia 25 tahun itu agak memilih serta mahukan wanita yang berkulit putih dan kaki panjang.

“Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal. Ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu.

“Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang ‘vogue’ saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zarina, dia membuat keputusan untuk tidak membalas mesej-mesej berkenaan kerana tidak mahu memberi harapan.

“Saya baca saja. Bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ini memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dogengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah.

“Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah. Jika tidak biarlah dia tunggu bidadari di syurga nanti,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai jumlah gaji yang ditawarkan, Zarina berkata dia tidak berkata asalkan gadis itu sesuai dengan pilihan Azal.

SUMBER HARIAN METRO via Kecoh Ape

‘Ramai DM nak kahwin dengan Azal’ – Zarina Zainuddin

Kuala Lumpur: Pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan mendapat banyak mesej peribadi (Direct Message) di Instagram daripada wanita yang mahu berkahwin dengan anak kembarnya yang juga penghidap autisme, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal.

Zarina, 51, berkata, selain gadis ada antara wanita itu juga sebaya dengan dirinya.

“Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal. Ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu.

“Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang ‘vogue’ saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zarina, dia mengambil pendekatan untuk tidak membalas mesej berkenaan.

“Saya baca saja. Bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ini memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dogengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah.

“Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah. Jika tidak biarlah dia tunggu bidadari di syurga nanti,” katanya.

Ditanya jumlah gaji yang ditawarkan, Zarina berkata, dia tidak berkira.

“Soal gaji saya tak kisah nak bayar asalkan sesuai dengan pilihan Azal,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pelakon Teduhan Kasih itu sedia membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin, menjaga, mengurus serta membahagiakan Azal. Ia selepas Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*