“Saya bukan nak tunjuk sams3ng”, Lan Pet Pet buka mulut akhirnya knp dia bertindak sedemikian, lap0ran p0lis juga dibuat kepada perakam video

KUALA LUMPUR: Kecoh gara-gara rakaman video yang memaparkan dirinya memu-kul seorang penghantar makanan di tepi jalan, tular, kelmarin, pelawak kontroversi, Lan Pet Pet, 52, tampil memberi penjelasan.

Lan mendakwa, sebelum kejadian, beliau yang memandu kereta di Jalan Ampang, iaitu lokasi di hadapan Kedutaan Russia, ternampak penghantar makanan terbabit yang sedang menunggang motosikal, menggunakan telefon bimbit dengan kedudukan motosikal di tengah jalan.

Memikirkan perbuatan pemuda terbabit mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya sendiri, malah pengguna jalan raya yang lain, Lan mendakwa, dia menghampiri individu terbabit dan bersemuka.

“Saya menegur pemuda itu…

Tindakannya (menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal) amat berbahaya.

Bukan sahaja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain.

“Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena ma-ki dan menerima provokasi.

“Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.

“Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk sam-seng.

Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja,” dakwanya secara eksklusif kepada BH Online.

Terdahulu, rakaman video Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad memukul seorang lelaki yang juga penghantar makanan tular dan menjadi topik hangat di kalangan netizen.

Video berdurasi 24 saat itu dikongsi oleh pengguna laman sosial dan mendakwa anggota kumpulan Senario itu melakukan kekerasan terhadap lelaki penghantar makanan itu.

Menerusi video berkenaan, Lan dilihat merangkul dan memu-kul kepala lelaki berkenaan, tetapi cuba ditenangkan beberapa tiga lelaki lain.

Di hujung video, Lan juga melemparkan kata-kata berbaur amaran kepada lelaki itu.

Rakaman video pergaduhan Lan Pet Pet dengan lelaki penghantar makanan dipercayai dirakamkan seorang wanita yang berada dalam kereta.
Rakaman video pergaduhan Lan Pet Pet dengan lelaki penghantar makanan dipercayai dirakamkan seorang wanita yang berada dalam kereta.

Lan berkata, dia sudah membuat laporan polis berhubung insiden perga-duhan berkenaan.

“Saya juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini.

“Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata, tanpa mengetahui punca kejadian sebenar.

Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.

“Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati.

Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah,” katanya.

Lelaki kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkata, dia akan bertemu dengan lelaki penghantar makanan berkenaan, hari ini.

“Kami akan bersemuka di balai polis untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara kami.

“Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan.

Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama,” katanya.

Sumber: bharian

Rmai tertanya2 punca Lan PetPet Mngamok. Saiful Apek Mula Bersuara

Pelawak dan pelakon Saiful Apek mengakui tidak tahu menahu mengenai kontroversi melibatkan rakan baiknya, Lan Pet Pet yang tular sehinggalah diberitahu oleh pihak lain.

Apek berkata, dia juga tidak menghubungi sahabatnya itu untuk bertanyakan mengenai perkara tersebut.

“Saya tahu mengenai cerita tersebut pun selepas diberitahu orang lain. Saya juga tidak menghubungi dia sebab saya kenal sahabat saya.Saya tak ada hubungi dia untuk bertanya atau apa. Berilah dia ruang, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui.

Saya berkata begini bukan kerana nak ‘back-up’ kawan atau apa, tetapi sebagai orang luar kita tidak seharusnya campur tangan atau terlalu cepat ‘jatuh hukum’.Kami (Senario) ini dah macam ahli keluarga. Sejak dulu pun kalau salah seorang ditimpa masalah atau kontroversi, masing-masing akan biar keadaan ‘sejuk’ dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk bercakap,” katanya kepada Gempak.

Tambah Apek, sepanjang mengenali Lan Pet-Pet, sahabatnya itu bukan seorang yang panas baran atau cepat melenting.

“Mungkin ada sesuatu yang trigger dia bertindak di luar kawalan. Sebab saya sendiri pun pernah dilemparkan kata-kata tidak sepatutnya oleh haters.Tetapi saya berjaya managed dan mungkin itu kekuatan saya berjaya mengelak dan tidak memanjangkan isu. Cara masing-masing untuk mengatasi tekanan.

“Saya rasa fitrah manusia, terlajak melakukan sesuatu yang khilaf. Apapun kami adik-beradik Senario tidak pernah menilai sesama sendiri, kami dah faham sesama sendiri,” katanya.

Apek ditemui pada Malam Aspirasi & Anugerah Vieura 2021 di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi malam tadi (Selasa).Pada malam Ahad lalu video Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial.

Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya, pelawak dan pelakon popular itu dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.

Dalam pada itu Polis mengesahkan telah menerima l.aporan dari pelawak popular, Lan Pet Pet berhubung perg.aduhan memba.bitkan dia dengan pekerja syarikat penghantar makanan yang tular dalam media sosial.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang pada Sabtu lalu, satu video berdurasi 23 saat itu tular menunjukkan artis terbabit berse.lisih faham dengan seorang penunggang syarikat penghantar makanan di hadapan kedutaan Russia.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, setakat ini, polis hanya menerima l.aporan daripada pelawak terba.bit sementara penunggang motosikal itu masih belum tampil.

“Perga.duhan itu dikatakan terc.etus akibat selisih faham di jalan raya. Polis meminta kerjasama individu yang terb.abit untuk tampil membuat laporan supaya s.iasatan dapat dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ashari memberitahu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Terdahulu, tular video seorang lelaki dipercayai Lan Pet Pet memu.kul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan.

Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya itu, pelawak dan pelakon dari kumpulan Senario itu dilihat merangkul leher lelaki terb.abit dan me.mukul kepalanya.

Dalam masa sama, Lan turut ditenangkan oleh tiga lagi lelaki daripada terus mem.ukul lelaki itu dalam keja.dian yang berlaku di tepi jalan raya itu.

Dalam keadaan marah, Lan turut menjerit dengan kata-kata berbaur am.aran, ‘Hang duduk Tropicana nak tunjuk sa.mseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?’.

Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, mence.tuskan kegemparan ramai apabila mem.ukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.

Dia didenda RM 2,000 oleh M.ahkamah M.ajistret Seremban pada 15 April 2019 selepas meng.aku bersa.lah terhadap perbu.atan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.

Sumber:GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*