Dakwaan Nora jadi isteri Tan Sri Annuar Musa, Anak tampil cerita perkara sebenar

PETALING JAYA – Anak sulung penyanyi Datuk Nora, Mohamad Syakir Iman Johan menafikan dakwaan tentang pernikahan ibunya dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang sohor kini dalam media sosial.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Twitter, Syakir tampil menepis khabar angin bahawa ibunya telah bergelar isteri kepada menteri terbabit.

“Kepada semua peguam, adakah ini (dakwaan Nora bernikah) boleh dianggap satu fitnah? Saya baru bertanya kepada ahli keluarga saya.

“Jika pengguna (pemilik Twitter) tersebut menyatakan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah berkahwin dengan Datuk Nora, sila kemukakan bukti atau memang kerja dia untuk cipta fitnah murahan,” tulis Syakir.


Tangkap layar Twitter individu berkenaan.
Tegasnya lagi, dia begitu mengenali ibunya dan menolak dakwaan yang kini tular dalam Twitter.

“Tidak mengapa kalau anda tidak mengenali siapa ibu saya. Tetapi mengapa perlu saya berbohong mengenai perkara tersebut?

“Ini (pernikahan Nora) memang tidak benar,” ujarnya.

Meninggallkan ciap balas dalam Twitter individu tersebut, Syakir turut menjawab semua persoalan netizen berhubung status ibunya dengan Annuar Musa.

“Ini fitnah semata-mata pak cik. YB Annuar bukan bapa tiri saya.

“Tak perlu ambil serius bila yang tweet pun macam tak boleh pakai sahaja,” katanya lagi.

Terdahulu, timbul satu ciapan oleh seorang pengguna Twitter bernama @zack_rockstar apabila memuat naik satu hantaran mengucapkan tahniah apabila mendakwa pelantun lagu Naluri itu telah selamat bernikah dengan Annuar Musa.

“Tahniah @AnnuarMusa kerana memiliki ‘Datuk’ yang istimewa. Dah berkepak kepak kabom. Patut garang bebenor (sangat) sekarang. I like… hurmmm… Aummmm…!!!” demikian ciapan pengguna itu.

Sehingga kini Kosmo! Online masih menunggu kenyataan rasmi daripada Nora sendiri bagi meleraikan segala kekeliruan akibat dakwaan tersebut. –

Berikut sedikit info mengenai TS Annuar Musa 

Hampir tiga dekad dalam dunia politik, Annuar Musa juga pernah memegang dua jawatan menteri iaitu di Kementerian Belia dan Sukan pada 1990-1993 dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1993-1999).

Ahli Parlimen Ketereh itu juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peringat dan ADUN Kok Lanas dan Ahli Parlimen Peringat.

Annuar, 63, merupakan lulusan ijazah Sarjana dalam Pengurusan Pembinaan daripada University College of London serta ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Desa daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau mula berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1981 selama setahun dan Pengarah Bahagian Perancang Korporat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan bagi tempoh yang sama bermula 1985.

Selain itu, beliau turut memegang jawatan Pengerusi Fama (1989-1990) dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagi tempoh 2005 hingga Mei 2013.

Annuar turut dilantik Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 2013-2015 dan dilantik semula pada 2015 sehingga 31 Jan 2017.

Turut dikenali dengan kelantangannya dalam arena bola sepak tanah air, Annuar pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada tahun 2007 dan mewarnai kegemilangan pasukan yang dikenali ‘The Red Warriors’ itu dalam saingan bola sepak tanah air.

Annuar melakukan pelbagai usaha untuk memajukan bola sepak Kelantan terutamanya membantu pasukan mencapai kegemilangan dengan merangkul kejuaraan ‘treble’ iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2012.

Selain itu beliau pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk penggal 2010-2014.

Berikut adalah biografi Annuar:

Nama: Tan Sri Annuar Musa

Tarikh Lahir: 18 Mei 1956

Tempat Lahir: Bukit Marak, Bachok, Kelantan

Isteri: Puan Sri Rosniah Abdul Rahman

PENDIDIKAN:

Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi, Kuala Lumpur (1973-1974)

Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Desa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (1975-1980)

Ijazah Sarjana Pengurusan Pembinaan, University College, London (1983-984)

POLITIK:

Setiausaha Agung UMNO (kini)

Ahli Parlimen Ketereh (kini)

KARIER:

Menteri Belia dan Sukan (1990-1993)

Menteri Pembangunan Luar Bandar (1993-1999)

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) (2013-2015)

Dilantik semula Pengerusi MARA (2015-31 Jan 2017)

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (2005 hingga Mei 2013)

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) (1990) – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/73113/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Annuar-Musa-dilantik-Menteri-Wilayah-Persekutuan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

SUMBER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*