Berbeza Umur 25 Tahun, Pendakwah Terkenal Ustad Abd Somad Nikahi Gadis 19 Thn

Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) sah bergelar suami kepada seorang gadis.

Dia dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud hari ini, lapor CNN Indonesia.

Menerusi laman Instagram, pendakwah berusia 44 tahun itu berkongsi foto majlis pernikahan bersama isterinya yang berusia 19 tahun dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai.

“Pernikahan UAS pada 16 Ramadan 1442H bertepatan dengan 28 April 2021 pukul 16.30 Wib,”

Tulis kapsyen posting itu yang turut disertakan hadis Rasulullah SAW mengenai pernikahan.

Foto berkenaan menerima lebih 600,000 tanda suka selain puluhan ribu komen peminat dan pengikutnya.

Bukan Calang² Gadis

Mereka mengucapkan tahniah selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Terdahulu, UAS mendirikan rumah tangga dengan Mellya Juniarti pada 2012 sebelum bercerai pada 3 Disember 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mizyan Hadziq Abdillah.

VIDEO:-

Sumber: CNN Indonesia , Instagram UAS

Abdul Somad, Mellya berpisah kerana ada ingin jadi ‘permaisuri’

GLOBAL | Sedikit demi sedikit kisah di sebalik perceraian Abdul Somad Batubara Bakhtiar dengan Mellya Juniarti terkuak. Kali ini wanita terbabit memberikan bayangan bahawa lebih banyak maklumat akan didedahkannya tidak lama lagi.

Menggunakan media sosial, Mellya, 29, mengisyaratkan bahawa kegagalan rumah tangga mereka bukanlah disebabkan kesalahannya malah kehadiran orang ketiga.

Melalui hantaran di Instagram semalam Mellya memuat naik dua slaid dengan masing-masing memaparkan ceramah Abdul Somad mengenai nikah sirri (bernikah secara rahsia dan tak berdaftar), dan kata-kata berbahasa Inggeris bermaksud: “Hanya beberapa hari saja lagi hal yang lama tertangguh akan menjadi rasmi. Semoga Allah memperteguhkan ikatan kita, secara rasmi hingga ke syurga.”

Dalam slaid pertama itu Abdul Somad, 42, mengingatkan wanita agar jangan mahu menerima seseorang lelaki melalui pernikahan rahsia.

“Jangan mahu nikah sirri, nanti kalau kau bercerai, tak bisa menuntut apa-apa kerana tidak ada hitam di putih (tidak ada hitam putih). Yang sudah terjadi, apa boleh buat, tahi kambing bulat-bulat. Hanya bisa melapor (membuat aduan) kepada pengadilan agama (mahkamah syariah) untuk dibuat akad baru, supaya ada suratnya. kalau tak ada suratnya jangan mahu!” kata Abdul Somad di majlis yang tidak diketahui lokasi dan waktunya.

Slain kedua itu pula hantaran seseorang yang disyaki wanita yang didakwa dinikahi Abdul Somad.

Mengiringi hantaran berkenaan Mellya menulis dengan kata-kata yang tidak jelas maksudnya namun dipercayai memberikan bayangan ia ditujukan kepada Abdul Somad.

“Bismillah, masya-Alah tabarakaAllah. Bersabarlah hati, takkan lama lagi. Dua tahun bukan waktu sebentar untuk menanti, dan ucapan tahniah pun mengiringi bertubi dari pencinta sejati, tanpa memikirkan hati yang tersakiti, dia yang terzalimi dibilang provokasi, sekalian saja bilang radikalisasi, ketika hak berbicara pun dilarang setelah ada klarifikasi. Untukmu hati yang berada diseberang negeri.

“Slide kedua kutipan hati di bio seorang yang ingin menjadi permaisuri yang menyalahkan wanita yang tak bisa dididik ini,” katanya.

Anak tutup mulut

Pada 4 Dis lalu seorang peguam mewakili Abdul Somad menyatakan, pelbagai usaha dibuat oleh penceramah terbabit bagi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Antara langkah yang diambil mengikut saranan agama itu termasuklah memisahkan tempat tidur sehingga tidak lagi tinggal bersama.

“Ia berakhir dengan tahap berpisah tempat tinggalpada Mei 2016 sehingga sekarang,” katanya dalam satu kenyataan video

Abdul Somad – atau lebih dikenali dengan inisial UAS – bernikah dengan Mellya Juniarti pada 20 Okt 2012. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mizyan Haziq Abdullah.

Menurut Hassan Basri walaupun tidak lagi tinggal sebumbung Abdul Somad, 42, tetap memperuntukkan waktu – di sebalik kesibukannya berdakwah – untuk melayani Mizyan Haziq serta memberikan nafkah kepada Mellya, 29.

“Beliau tetap bertanggungjawab memberikan nafkah bulanan dan kemudian untuk Mellya serta anak mereka.

“UAS selalu menyediakan waktu khusus dalam kesibukan dakwahnya untuk tetap bersama, menemani, bermain, berjalan-jalan dan lain-lain, sesuai dengan sifat bapa yang selalu sayang serta mendidik anaknya,” kata peguam terbabit.

Tiga hari lalu Mellya memuat naik gambar dia bersama Mizyan. Melalui gambar itu kelihatan tangan kanak-kanak terbabit menutup mulut Mellya.

Mengiringi hantaran tersebut ialah kata-kata seolah-olah Mellya yakin apa saja yang disembunyikan tetap akan terdedah pada waktunya.

“Genderang itu telah tuan tabuh, pelan ataupun kuat tetap akan berbunyi. Terlihat ataupun tersembunyi tetap bergema, terlebih lagi sang penabuh besar gaungnya (gemanya).

“Apalah dayaku ketika tangan kecil itu menutup mulutku, dengan manusia berilmu tuan giring opini(pendapat), hingga jutaan mata memandangku dengan arang hitam yang tuan beri,” tulisnya.

Sumber: Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*