Ini Penjelasan Kenapa Anak2 Kapal NanggaIa 402 Tdak Buka Pintu Kcemasan Dan Naik Ke Atas Laut

INI BUKAN PARAS DADA ITIK – Saya tertarik baca k0men-k0men Iiar berkenaan ke$ tenggelamnya kapal selam milik TNI-AL KRI Nanggala 402. Ada k0men bertanya kenapa anak² kapal tidak berusaha membuka pintu kecmasan serta kenapa tidak cuba berenang ke luar dan naik ke atas.

Bagi menjawab k0men-k0men Iiar ini pertama kita harus faham bahawa sesetengah ntizen tidak pernah mengambil tahu tentang kapal selam, jauh sekali dunia pertahanan amnya. Jika hal semudah beza antara kaliber peIuru pun mereka tak tahu inikan pula hal-hal lebih teknikal dan mendalam.

Harus diketahui bahawa kapal seIam dicipta untuk menyelam pada kedalaman tertentu dan kapal selam tidak mempunyai sebarang pintu kecem4san dan ini bukannya macam Bas Kilang Matsushita warna biru dengan tertulis PINTU KECEM4SAN di belakang badan bas. Bahkan pintu kapal selam berupa hac tu direka supaya berupaya menahan air laut daripada masuk ke dalam ruang kapal.

Selanjutnya kedalaman dan tekanan. Pada kedalaman 700m adalah mustahiI bagi manusia berenang ke luar. Ini kerana tekanan pada kedalaman 700m dikirakan pada sekitar 70ATM sedangkan tubuh manusia tdak mampu menahan tekanan sedalam itu. Pada tekanan 3 atau 4 ATM pun manusia sudah merasa tekanannya. Tahu tak 700m tu hanya kurang 300m nak mencukupkan 1km? Itu sangat dalam.

Apa jadi jika manusia tetap keluar pada kedalaman 700m dan cuba berenang naik ke atas. Mustahil. Kerana gegendang teIinga akan serta merta pec4h, paru2 berd4rah dan pec4h sebelum sempat manusia sampai ke permukaan laut. Andai kapal seIam terdampar pada kedalaman 300-400 meter mungkin barangkali boleh difikirkan. Tekanan pada kedalaman 700m bukan semacam kita berenang riang ria di kolam renang paras dada itik sambil diperhatikan dek cik4ro minum air oren, ada payung kecil pada gelas. Bukan.

Persnjataan moden hari ini melibatkan banyak faktor sains dan bukan boleh dik0men secara sesuka hati. Harus difikirkan mengapa begitu begini sebelum ianya layak untuk kita perkatakan dengan hujah yang baik berserta contoh yang baik. K0men sembr0no menunjukkan bahawa kita bukan seorang yang banyak membaca dan tahu apa yang kita k0menkan.

Pun begitu di kesempatan ini saya menyeru warga net yang membaca p0sting ini agar sama-sama mendoakan buat ketenangan r0h2 mngsa lnsiden ini serta waris-waris mereka dikurniakan kekuatan dalam mengharungi masa yang sukar ini. Malaysia dan Indonesia negara jiran serumpun. Cubit paha kanan paha kiri terasa.

Kredit: Hafiz Ostmann

Wartawan kongsi pengalaman naik dan masuk ke dalam kapal selam

Kesemua 53 kru KRI Nanggala-40 disahkan terk.orban selepas kapal selam itu dipercayai p.ecah kepada tiga bahagian.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto.

Katanya, berita meny.edihkan itu disahkan berdasarkan bukti-bukti yang ditemukan sepanjang usaha mencari dan menyelamat kapal selam itu dijalankan sejak Rabu lalu.

Dalma pada itu, wartawan Syahril A. Kadir ada berkongsi catatan ketika pernah menaiki kapal selam di Melaka

KAPAL SELAM

SAYA pernahlah naik dan masuk ke dalam kapal selam. FS Ouessant Agosta 70 namanya, tetapi setakat yang dah jadi muzium kat Klebang, Melaka tu jelah.

Kapal selam tersebut merupakan kapal selam latihan krew-krew Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dulu.

Ia milik bekas Tentera Laut Perancis. Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam ini dari pengkalannya di Brest, Perancis ini telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 sebelum tiba di perairan

Melaka pada 12 November 2011.

Apa yang boleh saya katakan, hanya orang yang betul-betul layak dan minat saja yang boleh kerja dalam kapal selam ini.

Keadaannya cukup tidak selesa. Sempit dan terkurung. Saya hanya mampu berada 15 minit di dalam kapal selam itu sebelum mengambil keputusan untuk keluar dengan segera.

Melihat keadaan di dalam kapal selam itu saja sudah cukup membuatkan saya ‘lemas dan sesak nafas’. Kalau saya ditakdirkan bekerja di dalam kapal selam itu, saya rasa tak sampai seminggu saya akan tender resignation!

Bayangkan pula perasaan krew kapal selam apabila terpaksa ‘berkampung’ berminggu, malah berbulan sepanjang pelayaran mereka.

Kapal selam bagi saya ibarat sangkar maut yang menunggu masa saja membaham siapa saja di dalamya jika tersalah kendali, cuai atau jika berlaku kerosakan.

Itu belum dikira segala torpedo, peluru dan bahan letup4n yang dibawa bersama.

Sebab itu saya tidak boleh bayangkan betapa dahsyatnya situasi yang terpaksa dilalui 53 orang anak kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 selepas kapal selam itu disahkan tenggelam semalam.

Nak menitis airmata saya mengenangkan apa yang menimpa anak-anak kapal ini.

Terbayang-bayang betapa seksanya mereka bila kapal selam itu mula kehabisan bekalan oksigen atau sekiranya kapal selam itu meletup sewaktu berada di dalam lautan yang mengganas itu…

Pada Allah kita berserah…saya hilang kata-kata.

Sujud dan solat sebelum mereka hilang bertemu Pencipta

KUALA LUMPUR – Insiden kapal selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru turut mendapat perhatian rakyat negara ini.
Malah lebih menyayatkan hati terdapat beberapa gambar kru yang menunjukkan sebahagian mereka sempat menunaikan solat di atas badan kapal selam itu yang sedang terapung sebelum ia hilang.

Rata-rata masyarakat meluahkan rasa sedih dengan insiden yang terjadi apatah lagi pada bulan Ramadan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*