Ustaz Abdul Somad Bakal Tamatkan Zaman Duda Dengan Gadis Umur 19 Tahun. Gambar Bakal Isteri UAS Didedahkan

Jakarta: Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) didakwa bakal berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun dalam masa terdekat ini.

Calon isterinya dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud, seorang lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur, menurut Tribunnews.

Dilaporkan, pernikahan itu juga sudah mendapat kebenaran Ketua Bimbingan Masyarakat Islam Jombang.

“Ya, beliau (Ustaz Abdul Somad) sudah daftar di Pejabat Agama Peterongan sebelum puasa,” kata Ilham Rohim, semalam yang disiarkan Kompas TV.

Ditanya lebih lanjut mengenai majlis itu, Ilham bagaimanapun mengaku tidak mengetahui tarikh sebenar perkahwinan dan lokasi akad nikah yang bakal diadakan.

Sebelum ini tersebar gambar UAS dan perempuan berhijab di media sosial.

WAJAH BAKAL ISTERI Ustaz Abdul Somad

Gambar Ustaz Abdul Somad dan bakal isteri berusia 19 tahun. FOTO Instagram.

Calon isteri terbaharu pendakwah itu menjadi tumpuan ramai berikutan masih muda dan jurang usia antara mereka cecah 25 tahun, dengan UAS bakal genap 44 tahun pada Mei ini.

Ustaz Abdul Somad bakal menikah gadis 19 tahun — MYKMU.NET

Hingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

UAS pernah berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2008, namun bahtera perkahwinan itu kecundang pada tahun ke-11 dan pasangan berkenaan sah bercerai pada 3 Disember 2019.

Mereka dikurnia anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah, selain UAS pernah juga dikhabarkan bernikah dengan selebriti media sosial yang berasal dari Korea, Ayana Jihye Moon.

Sumber : HMETRO ONLINE

UAS bercerai gara-gara orang ketiga?

TERSEBARNYA berita perceraian pendakwah terkenal Indonesia Ustaz Abdul Somad, 42, atau turut dikenali panggilan UAS dengan isterinya Mellya Juniarti, 29, menyebabkan sedikit demi sedikit kisah disebaliknya tersingkap.

Kali ini, wanita yang pernah menjadi penyeri hidup pendakwah itu memberi bayangan lebih banyak maklumat berkaitan punca perceraian mereka akan didedah kepada umum.

Menggunakan media sosial, Mellya, membayangkan kegagalan rumah tangga mereka bukan disebabkan kekurangan dirinya tetapi akibat kehadiran orang ketiga.

Menerusi akaun Instagram (IG) Mellya semalam, dua hantaran dibuat wanita itu masing-masing memaparkan ceramah Ustaz Abdul Somad berkaitan nikah sirri (bernikah rahsia dan tidak berdaftar).

Satu lagi hantaran dalam bahasa Inggeris bermaksud: “Hanya beberapa hari saja lagi hal yang lama tertangguh akan menjadi rasmi. Semoga Allah teguhkan ikatan kita, secara rasmi hingga ke syurga.”

Menerusi hantaran pertama iaitu petikan video ceramah yang dikongsi Mellya, Ustaz Abdul Somad dipetik sebagai mengingatkan golongan wanita supaya tidak menerima lelaki melalui pernikahan rahsia.

Dalam ceramah itu, Ustaz Abdul Somad berkata: “Jangan mahu nikah sirri, nanti kalau bercerai, tak bisa menuntut apa-apa kerana tidak ada hitam di putih (tidak ada hitam putih).

“Yang sudah terjadi, apa boleh buat, tahi kambing bulat-bulat. Hanya bisa melapor (membuat aduan) kepada pengadilan agama (mahkamah syariah) untuk dibuat akad baru, supaya ada suratnya. Kalau tak ada suratnya jangan mahu!” kata Ustaz Abdul Somad di majlis yang tidak diketahui lokasi dan waktunya.

Sementara itu, dalam hantaran keduanya di IG, Mellya kongsikan gambar dipercayai Ustaz Abdul Somad bersama wanita yang dinikahinya.

Mellya menggunakan kata-kata yang tidak jelas sebagai kapsyen, namun dipercayai memberi bayangan yang gambar itu ditujukan kepada Ustaz Abdul Somad.

Mellya berkata: “Bismillah, masya-Allah, tabaraka-Allah. Bersabarlah hati, takkan lama lagi. Dua tahun bukan waktu sebentar untuk menanti, dan ucapan tahniah pun mengiringi bertubi dari pencinta sejati, tanpa memikirkan hati yang tersakiti, dia yang terzalimi dibilang provokasi, sekalian saja bilang radikalisasi, ketika hak berbicara pun dilarang setelah ada klarifikasi. Untukmu hati yang berada diseberang negeri.

“Slide kedua kutipan hati di bio seorang yang ingin menjadi permaisuri yang menyalahkan wanita yang tak bisa dididik ini,” katanya.

Sebelum ini, Ustaz Abdul Somad melalui Hassan Basri yang mewakilinya memberitahu, penceramah yang terkenal dengan singkatan UAS itu melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka termasuk mengasingkan tempat tidur dan tidak tinggal bersama.

Ustaz Abdul Somad mengahwini Mellya pada 20 Oktober 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muzyan Haziq Abdullah.

Hassan dipetik sebagai berkata, Ustaz Abdul Somad tetap meluangkan masa melayani anaknya dan memberi nafkah bulanan kepada Mellya.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*