Lagu ‘Sampai Jumpa’ Jadi Pesanan Terakhir Kru Kapal Selam KRI Nanggala 402

Berita mengenai tenggelamnya KRI Nanggala 402 adalah berita menyed1hkan bagi seluruh Indonesia. Di tengah kesed1han, muncul sebuah video kru kapal selam bermain gitar dan menyanyikan lagu berjudul ‘Sampai jumpa’.Video itu dimuat naik oleh Erix Soekamti, vokalis yang bertanggungjawab mempopularkan lagu itu di media sosial Instagram miliknya. Dalam video berdurasi 22 saat itu, anda dapat melihat salah seorang kru bermain gitar, sementara yang lain menyanyikan lirik lagu ‘Sampai jumpa’.

“# Prayforkrinanggala402,” kata Erix Soekamti disertai dengan emotikon menangis, seperti dikutip dari kapsyen video di Instagram.

Hantaran itu tular dan mula dibanjiri dengan komen netizen. Mereka juga mendoakan nasib anak kapal KRI Nanggala 402 yang telah dinyatakan “SUBSUNK” atau lem4s.

“Orang-orang yang tenang menghadap Yang Mahakuasa, saudara-saudara dan para komandan. Insya Allah Husnul Khotimah,” kata netizen di ruangan komen.

“Sangat sed1h, Ya Allah. Salam Sejahtera kepada Nanggala,” komen netizen lain. “Merem4ng bulu roma. Al-fatihah,” kata yang lain di ruangan komen.

Sementara itu, di media sosial Twitter, ribuan netizen juga menitipkan doa. “REST IN PEACE. Dear sea, take care them there, don’t let your water make them cold. Fair Wind and Following Seas, Commence the Eternal Patrol KRI Nanggala 402. Tabah Sampai Akhir,”kata netizen di Twitter.

“KRI Nanggala 402: SUBSUNK = dinyatakan lemas. On Eternal Patrol = membuat rondaan selama-lamanya. Sekiranya bumi bukan lagi pelabuhan anda, semoga syurga menjadi dermaga terakhir anda. # KRINaggala402 # PrayForKRINanggala402, “tulis netizen lain.

Terdahulu, The Vocket menerusi laporan daripada Times Indonesia, Panglima Tentera Negara Indonesia Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan KRI-Nanggala 402 disahkan tenggelam. Terdapatnya tumpahan minyak dan serpihan kepingan antara yang menjadi bukti kukuh tenggel4mnya kapal KRI-Nanggala 402.Kapal selam ini dilaporkan berada pada paras 850 meter dalam laut di mana status individu yang berada dalam kapal masih belum dapat disahkan. Usaha untuk menaikkan semula kapal selam KRI-Nanggala 402 ini masih lagi diusahakan.

VIDEO:

Sumber: VOCKET

TERDAHULU…

Terkini! Kapal Selam Kri Nanggala Disahkan Tenggelam. Punca kjdian akhirnya dikenal pasti

Panglima Tentera Hadi Tjahjanto Dan Ketua Angkatan Laut Tentera Indonesia, Yudo Margono, memgesahkan Kapal Selam KRI Nanggala 402 tengglam di Perairan Sebelah Utara Bali.

Serpihan dan barangan dari dalam kapal selam itu di temui tidak jauh dari lokasi kontak terakhir dibuat dengan Nanggala 402.Laksamana KSAL Yudo Margono berkata bahawa KRI Nanggala-402 mengalami retakan, bukan letvpan.KRI Nanggala-402 mengalami retakan kerana terletak pada kedalaman 850 meter di bawah permukaan laut. Retakan tersebut menjadikan barang-barang di kapal selam itu terapung. Yang ditemui antaranya, sebahagian badan kapal selam, minyak dan sejadah

Kapal selam itu Boleh Menyelam Maksimum 250-500 Meter,

Semoga keluarga yang berduka tetap tabah, ikhlas dan sihat.Harap ada keajaiban berlaku mudah mudahan

Amin … 🙏
Kami di Malaysia 🇲🇾 Turut Berduka Cita atas peristiwa ini.Bertabah Buat Keluarga sahabat di Indonesia 🇮🇩❤

#PrayForNanggala402

Credit : Negeri Sembilan kini

Tempoh bekalan 0ksigen KRI Nanggala sudah berakhir. Gambar terakhir ini buat ramai sayu

DUA hari berlalu tiada lagi khabar berita, kapal selam milik Tentara Nasional Indonesia iaitu KRI-Nanggala 402 masih belum ditemui.Seramai 53 anak kapal dilaporkan bertugas di dalam kapal selam gergasi ini. Rabu lalu, KRI-Nanggala 402 dilaporkan gagal dikesan semasa membuat latihan di perairan Bali pada kedalaman 700 meter.

Kru kapal selam buatan Jerman tahun 1979 itu dijangka hanya mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi sehingga hari ini, menandakan masa semakin suntuk bagi pasukan penyelamat yang meronda kawasan perairan Bali bagi mencari lokasinya.

Tompokan minyak ditemui di lokasi di mana kapal selam itu berada dipercayai menunjukkan kemungkinan berlaku kerosakan pada tangki minyak, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku tragedi lebih buruk.

Gambar Terakhir buat ramai sayu

Gambar kru KRI Nanggala sebelum tenggelam di kedalaman 700 meter di laut Bali.Gambar ini dipercayai diambil ketika kru solat berjemaah selepas berbuka puasa.Hari keempat hilang. Bekalan oksigen telah habis jam 3 pagi tadi.semoga Allah mengasihi roh 53 orang tentera ini.

Beberapa negara termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit.

Tempoh bekalan oksigen KRI Nanggala 402 sudah ber4khir

JAKARTA – Pasukan penyelamat Indonesia bimbang bekalan oksig.en dalam kapal selam yang hilang sudah kehabisan.

Negara ini juga dalam kebimbangan kapal selam yang membawa 53 anak kapal itu mungkin sudah tenggelam dan telah hancur.Kapal selam KRI Nanggala 402 hilang pada hari Rabu semasa latihan di pantai Bali.

Tumpahan minyak yang dikesan mencadangkan ada berlaku kerosakan pada tangki bahan bakar mungkin menjadi faktor kehilangan kapal selam itu.Pada hari Khamis lalu, tentera Indonesia telah mengesan tanda-tanda objek pada kedalaman antara 50 dan 100 meter (165 hingga 330 kaki) dan telah mengerahkan kapal dengan peralatan pengesan sonar.

Jurucakap tentera berkata, bekalan oksigen dalam kapal selam itu dijangka berakhir 3 pagi hari ini.

Tempoh itu telah berlalu.

Setakat ini, sekurang-kurangnya enam kapal perang dan sebuah helikopter terlibat dalam misi pencarian.KRI Nanggala 402 terputus hubungan sejurus selepas meminta izin untuk menyelam semasa latihan pada awal pagi Rabu.Kapal buatan Jerman itu adalah salah satu dari lima kapal selam yang dikendalikan oleh Indonesia.

Ia dibuat pada akhir 1970-an dan menjalani proses perbaikan dua tahun di Korea Selatan yang siap pada 2012.Jurucakap tentera laut memberitahu BBC bahawa kejadian itu adalah kali pertama Indonesia kehilangan salah satu kapal selamnya.

Tetapi kejadian serupa telah berlaku di tempat lain.

Ini Kronologi Kehil4ngan Kapal Selam KRI Nanggala

Kronologi kejadian bermula pada 3.46 pagi, KRI Nanggala melaksanakan penyelaman, kemudian pada 4 pagi bersiap sedia untuk melakukan penembakan torpedo, pada 4.25 pagi selepas arahan kebenaran penembakan diberikan, komunikasi dengan Nanggala tiba-tiba terputus.

Berita kehilangan KRI Nanggal disahkan sendiri oleh Panglima Tentera Udara TNI Hadi Tjahjanto, yang menyatakan asset tentera laut itu tidak dapat dihubungi tidak lama selepas mendapat izin menyelam.

Seramai 49 anak kapal, seorang komander kapal dan tiga pakar senjata berada di dalam kapal selam tersebut.

Kehil4ngan Kapal KRI Nanggala

Tumpahan minyak dikesan berhampiran lokasi kali terakhir kapal selam itu berada. Turut dilaporkan tumpahan minyak di beberapa lokasi lain namun pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan sama ada ia dari kapal selam tersebut.

Dalam misi pencarian kapal selam tersebut, Indonesia pada awalnya meminta bantuan dari dua negara jiran iaitu Singapura dan Australia, yang diharapkan dapat menyokong usaha pengesanan menggunakan kapal penyelamat kapal selam.

Malaysia kemudian menyusul untuk membantu Indonesia dalam pencarian kapal selam tersebut, menggunakan Mega Bakti yang dijangka tiba pada 26 April ini.

Selain itu, tujuh negara lain iaitu Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Turki, India dan Australia juga menawarkan bantuan dalam pencarian kapal selam tersebut.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, kru kapal berkenaan mungkin dapat bertahan dengan bekalan oksigen yang ada sehingga pagi Sabtu ini namun keadaan semakin genting.

Kehilangan Kapal KRI Nanggala

Tiada bukti KRI Nanggala tenggelam

Terdapat spekulasi yang mengatakan kapal berkenaan berada di kedalaman 700 meter yang berkemungkinan sudah pecah untuk kedalam sebegitu, menurut penganalisis pertahanan.Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada bukti kukuh menunjukkan kapal selam terbabit tenggelam.Setakat ini, Indonesia belum pernah berdepan bencana membabitkan kapal selam. Marilah kita berdoa agar KRI Nanggala 402 dapat ditemui segera dalam keadaan selamat.

Dengan tanda pagar prayforNanggala402 perkongsian daripada isteri salah seorang anak kapal ini menerima 1.4 juta tontonan.

ISI WHATSAPP KEPADA SUAMI BUAT RAMAI SEBAK

Dimaklumkan yang pasangan ini baru dua bulan mendirikan rumah tangga. Wanita ini juga turut berkongsi rakam layar perbualan suami isteri ini menerusi WhatsApp. wanita ini memberikan semangat dan dorongan buat suaminya.

Di akhir perbualan, dia suaminya harus pulang kerana dia sedang menunggu di rumah.

Rata-rata warganet dari Indonesia dan Malaysia memberikan dorongan dan semangat agar terus kuat.

Paling banyak mendoakan anak kapal selam itu cepat ditemui dalam keadaan selamat.

“Bismillah, doa kami menyertai seluruh anak kapal KRI Nanggala 402”

“Semoga mereka cepat ditemui. Salam dari Malaysia. Kuat semangat ya. Kita semua doakan yang terbaik.

“Ya Allah, selamatkan beliau. Aada anak dan isteri yang setia menunggu.”

“Allahu sedihnya kak. Semoga dipermudahkan segala urusan pencariannya.”

“Ya Allah Ya Mujib, semoga mereka semua ditemui dalam keadaan yang selamat. Doa yang baik-baik di bulan dan hari yang baik.”

“Ya Allah, semoga mereka baik-baik sahaja dan cepat ditemui. From Malaysia.”

Terdapat juga dua perkongsian daripada para isteri anak kapal yang menyentuh hati. Masing-masing mendoakan suami , abang dan seluruh kru KRI Nanggala 402 selamat dan sihat.

Sama-sama kita doakan semoga usaha mencari dan menyelamat KRI-Nanggala 402 segera berakhir dan anak kapal ditemui dengan selamat.

Sumber: Tiktok Meghdi, Mita Sofia, Treales dan detiknews via SINARPLUS

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*