Hebat. KetuaPolis J0hor, DatukAyob Khan Tvnjuk Sklll Tebar R0ti Canal. Bnyak Kali Puslng Tu

Pekerjaan sebagai penebar roti canai bukanlah satu perkara yang mudah.Ianya memerlukan s.kill dan latihan yang banyak bagi memastikan hasilnya menjadi. Malah, bakat menebar roti canai ini bukan semua orang boleh lakukannya.

Roti canai kebiasaannya dimakan bersama teh tarik dan disajikan dengan kuah dal atau parpu, kari serta sambal ikan bilis.

Walaupun roti canai boleh dinikmati di banyak kedai, tetapi tanpa kita sedari kebolehan membuatnya lebih dikuasai oleh tukang masak warga a.sing.

Meskipun ada yang pandai menyediakan tepung roti canai, namun kebolehan untuk menebarnya menjadi masalah. Apatah lagi tidak ramai pihak yang mahu tampil mengajar cara membuatnya, sedangkan teknik tebaran yang betul menjadi r.ahsia keenakan dan kelembutan roti canai.

Disebabkan itu, bakat menebar roti canai ini pasti akan menjadi perh.atian ramai kerana mereka menganggap ianya adalah keistimewaan luar biasa.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di media sosial apabila ketua polis johor iaitu datuk ayob khan yang sedang menebar roti canai menc.uri tumpuan ramai.

Pusing Banyak Kali Datuk

Reaksi Orang Ramai

Terbaik Dato’, pencen boleh la bukak restoran roti canai terbang, pasti ramai yg dtg makan.

Memang serba boleh la Dato’ tahniah.

Ni dinamakan orang kampung dapat jawatan yg hebat dia tunaikan tanggungj.awab dia dgn jujur dan ikhlas.. Terbaik dato.

Steady Dato Ayob, boleh kedai makan roti canai bila bersara nanti. Jangan skill terpendam. All the best Dato.

Ni baru hero, semua boleh, man can climb, can fly, can swim and evrything….. Ni nak pegang cacing bubuh umpan dimata Kail pun t.akut, Lepas Tu acah2.

Hebat la Dato ni. Lepas ni mamak tak dapat cari makan dh.

VIDEO:-

ArticleByOM

‘Kalau takut jangan jadi pegawai polis’ – Ayob Khan

KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengakui menerima beberapa ancaman daripada sindiket Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) antarabangsa berikutan ketegasan pihaknya menggempur rangkaian sindiket berkenaan di Johor.

Bagaimanapun, Ayob Khan menyifatkan ancaman yang diterimanya dalam memerangi rangkaian sindiket berkenaan di Johor sebagai lumrah sebagai anggota penguatkuasa.

Katanya, beliau menegaskan tidak akan sesekali tunduk dengan ancaman diterima sebaliknya akan terus memperhebatkan operasi bagi mengekang kegiatan penyeludupan masuk atau keluar Pati.

“Memang ada usaha untuk mengambil tindakan ke atas saya termasuk ancaman diberikan. Ada menerusi WhatsApp, mesej dan Facebook juga.

“Itu adalah lumrah. Apa yang penting kita berhati hati dalam apa juga tindakan, kita berjaga-jaga dan yang selebihnya kita serah pada Allah. Selagi kita ikhlas berkhidmat, kita jangan takut. Kalau takut jangan jadi pegawai polis.

“Jadi guru, jadi wartawan pun ada yang terima ancaman. Itu biasa jadi tuan-tuan jangan bimbang jangan takut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di Johor Bahru, hari ini.

Untuk rekod, Polis Johor menahan lebih 20 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa di negeri itu termasuk pegawai kanan polis, pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berikutan mereka bersekongkol dengan sindiket antarabangsa menyeludup Pati dan jenayah.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, kekerapan operasi bersepadu mengekang sindiket menyeludup Pati di Pantai Timur Johor kini menjadikan hampir 95 peratus kawasan itu kini bersih daripada kegiatan penyeludupan migran.

“Kita akan menumpukan pula usaha untuk melumpuhkan kegiatan sindiket migran di Pantai Barat Johor pada masa ini, ” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*