Baru 2 Minggu Nadia Brian Bercer4i, Sekali Foto Sweet Bersama Zizan Jadi Buah Mulut Netizen

Pelakon Nadia Brian baru-baru ini telah pun mengumumkan dirinya sudah sah bercer4i dengan bekas suami.

Perkara itu telah memberi satu kelegaan buat Nadia kerana hubungan mereka sebelumnya sudah tiada petanda untuk pulih sama sekali.

Oleh itu, pelakon tersebut terus bangkit dan aktif dalam dunia hiburan seperti sediakala.

Pada 22 April 2021, Nadia telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Dua foto yang dimuat naik itu menujukkan Nadia dan pelawak Zizak Razak bergambar bersama.

Melalui caption:-

“A sweet friendship refreshes the soul🤍😘@zizanrazak869 ! Thank you team #RumahMadukuBerhantu 💗👻 Had a amazing experience❤️ #NadiaBrian”

Nadia dan Zizan sempat berbalas komen melalui perkongsian tersebut.

Dalam pada itu, kemesraan mereka dalam foto yang dimuat naik tersebut telah menarik minat ramai apabila mereka menyuarakan tentang Nadia dan Zizan yang dilihat sepadan.

Elok juga tu, kedua-dua mereka pun sama-sama single, kan?

Sumber: Instagram Nadia Brian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: hotfm/videoviral

Nadia Brian sah cerai, berstatus janda

KUALA LUMPUR : Pelakon Nadia Brian, 31, mengesahkan dia dan suami Muizz Nasruddin sudah pun bercerai dengan talak satu, kelmarin.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi ketika dihubungi berkata, dia berada dalam keadaan yang baik sahaja pada waktu ini.

“Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.20 malam.

“Penceraian kami dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suami.

“Semua sudah selesai,  Alhamdulillah saya okey,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Menurut pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda lagi, selepas ini dia akan memberi fokus penuh pada kerjaya seni dan keluarga terutamanya terhadap ibu dan nenek.

“Sekarang nak lebih fokus pada kerjaya dan keluarga. Saya nak jaga ibu dan nenek.

“Nenek ada lagi jadi kena berbakti lebih pada orang tua,” katanya.

Sebelum ini, menerusi laporan media termasuk desas desus yang bertebaran dalam Internet, Nadia didakwa telah mengesahkan suaminya, Muizz sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Isu pergolakan rumah tangga Nadia dan bekas suaminya itu menjadi bahan bualan ramai sejak Oktober lalu.

Ia berikutan Muizz tampil dengan pendedahan bahawa Nadia semasa menjadi isterinya, didakwa berlaku curang terhadapnya.

Nadia dan Muizz diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih!!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*