Adik upah org pergi rombongan tunang. Perempuan tu tak tahu kereta adik pakai tu bini dia punye

Assalamualaikum.. aku ambik masa juga nak taip ni sebab menanti waktu yang sesuai untuk meluahkan segalanya dalam bentuk penulisan.

ya.. adik aku curang terhadap isteri dia.
Pendek cerita, adik aku ada perempuan lain (baru baru ini mereka bertunang) dan hendak berkahwin selepas ceraikan isteri sekarang

(which is adik ipar aku). Sekarang dalam proses nak bercerai dan nak mula naik mahkamah bulan depan.

Mari aku ceritakan sedikit latar belakang tentang adik aku dan isterinya. Adik aku dah berkahwin dengan isteri dia lebih kurang 15 tahun. Mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Mereka bertengkar tapi entah macam mana mereka berbaik semula dan decided untuk give the relationship a chance.

Fast forward, dah 14 tahun hidup bahagia, anak pun dah 4, tiba-tiba Deeja perlu berpindah di Sarawak atas sebab sebab tertentu yang disyaratkan oleh pihak syarikatnya.

Deeja sedar, tanggungjawab dia besar jadi dia tidak mahu membuat banyak alasan dan setuju untuk berpindah ke Sarawak untuk bekerja di cawangan di sana.

Di tahun ke 15 perkahwinan mereka, Deeja mula nampak perubahan Fad. Fad dah jarang balik rumah di Sarawak dan apabila Fad di rumah,

Fad lebih banyak menghabiskan masanya dengan bermain handphone. Anak berak, anak tak sihat atau anak mahu perhatian pun tidak diendahkan.

Dia nak bertunang dengan perempuan itu sedangkan dia masih suami kepada Deeja. Sudah pasti aku dan keluarga aku tidak mahu berkomplot untuk menjadi ahli rombongan bertunang Fad.

Satu keluarga besar menentang perbuatan Fad. Tetapi Fad licik, Fad dan wanita orang ketiga telah upah orang lain untuk ‘’menjadi keluarga” dia sewaktu majlis tersebut maka selamatlah Fad dan orang ketiga ini bertunang.

Tujuan aku menulis ini adalah untuk mendapatkan pandangan pembaca semua. Yang aku tahu, Deeja tetap mahu pertahankan rumahtangga dia,

akan tetapi Fad tidak mahu malah dia mahu segerakan penceraiannya dengan Deeja.

Aku kasihankan Deeja kerana dia seorang diri menjaga 4 orang anaknya sementara adik aku sendiri sudah angau dengan perempuan lain.

Teringin sekali merasa duduk KL ke atau macam mana.Boleh saja awak berkahwin dengan lelaki bujang yang lain.

Umur juga baru 19 tahun. Saya sebenarnya berharap awak boleh sambung belajar awak atau banggakan ibu bapa awak.

Sebagai wanita, saya juga risau tentang awak. Awak terlalu muda.

Tolong semua bagamana saya boleh nasihatkan adik saya dan tenangkan adik ipar saya yang sedang stress dan sedih sekarang ini.

Deeja seorang yang baik. Sayang seribu kali sayang jika dilepaskan. Terima kasih pembaca. Doa untuk Deeja Khalid dan Fadzli Harun.

Nota kaki: Pasti akan ada yang cakap lelaki boleh berkahwin 4 akan tetapi adakah dengan cara menipu itu adalah baik? Adakah menipu dan abaikan isteri adalah amalan terpuji?

Sehingga sekarang Deeja tidak tahu Fad telah bertunang dan menanti hari untuk berkahwin. Deeja hanya tahu Fad mempunyai wanita lain buat masa sekarang. Terima kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*