Bercinta 3 Tahun, Tapi Baru Nikah 2 Minggu, Wanita Pasrah ‘Dijandakan’ Dgn TaIak Tiga

Setiap pasangan yang bercinta pasti mahukan hubungan yang dibina kekal ke jenjang pelamin.

Namun tidak semua hubungan berkekalan seperti yang diimpikan.

Namun, lain pula terjadi pada wanita ini yang pada awalnya gembira.

Ini apabila hubungan bersama kekasih sampai ke gerbang perkahwinan.

Tetapi hanya bertahan selama dua minggu sahaja.

Lebih menyedihkan, wanita ini mendakwa dia diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya.

Ini hanya selepas 2 minggu berkahwin, malah perkahwinan mereka belum sempat didaftarkan lagi.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Menerusi video dikongsikan di Tiktok, Dekjaa Erzina berkata selepas beberapa tahun kenal dia dan suami membuat keputusan mendirikan rumah tangga pada 25 Mac lalu.

“Inai merah lagi, sijil nikah belum daftar lagi.

Baru dua minggu awak halalkan saya, awak dah buat keputusan tinggalkan saya.

Saya redha, terima kasih beri saya peluang jadi isteri awak selama dua minggu ini,” tulisnya.

Meskipun hanya sempat merasa bahagia selama dua minggu, wanita itu meluahkan rasa syukur suaminya sudi menerima dirinya sebagai isteri.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan apa yang menimpa wanita itu.

Malah ada yang turut berkongsi pengalaman sama diceraikan tidak sampai setahun berkahwin.

SUMBER: TikTok

Fahami 5 keadaan

Takrif khulu’ ialah perpisahan antara suami isteri dengan sesuatu gantian (bayaran) yang diberikan oleh isteri kepada suami dengan lafaz talak atau khulu’.

Umumnya, masyarakat Malaysia lebih maklum dengan istilah ‘tebus talak’.

Perbezaan antara talak biasa dan khulu’ ialah talak berlaku dengan kehendak suami manakala khulu’ berlaku dengan kemahuan isteri untuk bercerai disertai dengan pampasan.

Oleh itu, dia disyariatkan menebus diri daripada suaminya dengan gantian memberi kadar jumlah daripada mas kahwin yang dipersetujui bersama.

5. Cerai secara taklik

Lafaz cerai dikaitkan dengan suatu janji dibuat suami selepas akad nikah disempurnakan.

Ia adalah perceraian kepada sesuatu masa atau perbuatan seperti kata suami kepada isterinya: “Sekiranya kau pergi ke tempat tertentu maka kau tertalak.”

Cerai taklik boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas taklik dan selepas aduan dibuat dan disahkan mahkamah.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 229 bermaksud: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.

Dalam surah sama ayat 230 bermaksud: “Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain.”

Dua jenis perceraian yang memerlukan pasangan akad nikah semula iaitu fasakh dan khulu’.

Sekiranya pasangan bercerai melalui fasakh atau khulu’, maka perkahwinan itu terputus sama sekali (talak ba’in sughra).

Talak ba’in sughra tidak boleh dirujuk sama ada khulu’ berlaku sebelum atau selepas persetubuhan kecuali dengan akad dan mas kahwin baharu.

Fasakh tidak mengurangkan bilangan talak dimiliki suami manakala khulu’ mengurangkan jumlah talak.

>>Penulis ialah peguam syarie

Disiarkan pada: January 2, 2020 @ 6:00am

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*