Suami kantoi keluar dgn perempuan lain, tapi isteri pula kena halau keluar dari rumah

Aktivis terkenal, Syed Azmi menerusi akaun Facebook miliknya berkongsi luahan sedih seorang wanita apabila mengetahui suaminya menjalin hubungan dengan wanita lain. Lebih menyedihkan, wanita tersebut turut diusir keluar dari rumah yang didiami bersama suami tercinta.

Dihalau oleh suami

“Baru-baru ni saya telah dihalau dari rumah oleh suami. Punca? suami saya kantoi keluar dengan perempuan lain. dan dah beberapa kali “perempuan” ni guna alasan bantu suami saya. Untuk pengetahuan tuan, suami saya orang miskin sebab hidup dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.”

Menurut wanita tersebut, dia boleh menerima suaminya meskipun hidup dalam keadaan miskin. Cuma, dia tidak boleh menerima sikap suami yang setiap hari ‘memaki’ dirinya termasuk menyebut hal mengenai perceraian.

Angan-angan beliau tinggi. Macam-macam nak buat. Saya support apa jua yang beliau nak buat. Tapi sebab maki hamun yang hampir setiap hari menjadi peluru hidup pada saya. Depan rezeki pun maki. pendek kata, maki tu memang zikir harian dia. Dia telefon dan hantar mesej halau dekat saya. Masa itu saya berada di Kota Bharu manakala suami di Kuala Lumpur. Dia bagi alasan pergi tengok anak dengan bekas isteri sedangkan dia tengok anak tu 5 hingga 1o minit sahaja.

Tambah wanita tersebut, suaminya sangat lembut tutur bicara jika bersembang dengan orang lain. Tapi jika dengannya semuanya berubah. Jelas wanita itu lagi, dia dihalau keluar dari rumah semasa si suami sedang berada di Kuala Lumpur bersama anak-anak dengan bekas isterinya.

Tak boleh ada perasaan penat dan letih

Tahun lepas sebelum PKP pun dia buat saya sampai gila. Nak bincang elok-elok memang tak ada. Saya tak boleh ada perasaan penat atau sedih nak mengadu dekat dia. Saya bangun 5 pagi setiap hari, nak tidur awal 10 malam kena perli. Saya makan ubat darah tinggi. Saya sangat tertekan. Dia balik rumah, saya menggigil tangan takut ada silap. Saya tak tahu apa silap saya. Anak dia pun dia boleh halau, inikan pula saya yang dia kutip di longkang.

Wanita itu juga memberitahu bahawa dia sangat tertekan sehingga menghidap peny4kit darah tinggi. Ujarnya lagi, perkongsian yang diluahkan ini sekadar pengajaran buat wanita di luar sana. Kini, wanita tersebut sudah keluar dari rumah berkenaan dan mengikut segala arahan yang ditetapkan oleh pihak peguam. Jelas wanita itu lagi, dia tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan, tetapi dia yakin Allah akan memberikan rezeki selepas ini.

Berikut  perkongsian penuh wanita tersebut

Kes (2)84617

“baru-baru ni saya telah dihalau dari rumah oleh suami.

punca? suami saya kantoi keluar dengan perempuan lain. dan dah beberapa kali “perempuan” ni guna alasan bantu suami saya.

utk pengetahuan Tuan SA. suami saya orang MISKIN dan dia ada follow fb Tuan SA. kenapa saya kata miskin? sebab dia memang miskin. hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. maaf sebut.

hidup dalam keadaan miskin tu, saya boleh terima. kalau saya tak boleh terima, takkan saya sanggup menikah dengan dia.

rezeki tak pernah putus. beras, ayam ikan sentiasa ada atas meja.

saya tahu saya juga ada buat silap. TAPI kalau hampir setiap hari dimaki? hampir setiap hari ada je salah? dan hampir setiap hari sebut pasal cerai…

siapa tak GILA?

angan2 beliau tinggi. macam-macam nak buat. saya support apa jua yang beliau nak buat. TAPI sebab maki hamun yang hampir setiap hari menjadi peluru hidup pada saya.

depan rezeki pun MAKI. pendek kata, maki tu memang zikir harian dia.

dengan orang lain memang lembut tutur bicara. TAPI dengan anak isteri segala babi cilaka gila perkataan keluar. itukah seorang suami? itukah seorang ayah?

dia call & msg masa halau tu. saya berada di rumah kota bharu manakala suami di KL masa tu. alasan dia pergi tengok anak dengan bekas isteri sedangkan dia tengok anak tu 5-10min sahaja.

dah banyak kali sebenarnya dia cakap, nak cerai, nak cerai. dia dah bosan ada tanggungjawab. kena pergi market beli lauk, kena bayar bil api.

tiada siap beri dorongan utk keluar sbb makian dan hinaan beliau beri terlalu teruk.

hampir setiap pgi bila dia bangun je, saya dah takut. sebab takut salah buat sarapan. takut salah buka air. kadang nak membuang air pun kena tahan tuan. kena bagi dia takda dekat rumah, baru selesa.

last year sebelum pkp pon dia buat yg sama. sampai gila saya dibuatnya. tak tahan kena torche. nak bincang elok2 memang takda. saya x boleh ada perasaan penat ke sedih ke nak mengadu2 kat dia apa2.

nak nap kejap tenghari pon tak boleh. abis dia ungkit.

saya bangun dari jam 5pagi setiap hari, nak tidur awal 10malam kena perli. sudahla saya makan ubat darah tinggi. tertekan tuan sangat tertekan.

dia balik rumah dari mengutip barang lusuh saya jadi gigil tangan, takut ada silap.

lambat buka pagar pun macam tu…. abis segala sial cilaka bodoh keluar.

kdg sampi saya tak tahu apa silap saya. akhir2 sebelum keluar rumah, saya melawan juga. saya kata apalah salah saya lagi, sampai maki2 macam tu..

kadang2 luar rumah bising. motor rempit la, org welding la. dia tak boleh tido, terus la dia jadi moody crancky dan yanh jadi mangsa saya.

anak dia sendiri dengan isteri pertama pon dia boleh halau tuan. inikan pula saya yang dia kata bukan siapa2. yg saya duduk tu bukan rumah saya, saya ni menumpang sahaja. dia kutip saya dari longkang.

apa saya tulis disini untuk pengajaran. saya memang dah keluar dari rumah. lepas ni, saya ikut arahan lawyer. yer saya takda kerja, saya takde pendapatan tapi saya kena percaya pd Allah.

pasal duit makan memang saya ade lagi. hasil niaga on9 sikit2 sebelum ni.

rumah kawan saya bg tumpang kebetulan dia tidak bekerja di KL. dan rumah ni kosong. so dia minta saya duduk sahaja. bayr bil api air sahaja.

bulan depan saya mula terapi kaunseling semula. sbb tekanan akibat dimaki setiap hari. doakan saya kuat semula.

doakan saya mampu survive dalam kehidupan akan datang.

*saya sertakan beberapa screenshot dari suami saya. mohon tuan jangan publish ye. sekadar bacaan pihak tuan. Terima Kasih banyak2 sudi membaca msg saya.”

Terima kasih

Salam

Syed Azmi

Small Lamb

Berikut  reaksi dari pembaca

‘Puan, tak dak benda paling nikmat melainkan kebahagiaan diri sendiri. Bahagia tak semestinya kena berpasangan. Dan saya percaya, puan buat keputusan yang bijak. Bila puan gembira, insyaallah anak anak pun akan gembira. Wish u all the best puan

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: Syed Azmi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*