Instafamous Mohon Maaf Upload Foto Sek sii, Nak Ajak PU Amin Bagi Tazkirah Lagi

Baru-baru ini tular mengenai isu seorang pendakwah bebas iaitu PU Amin yang telah dirakamkan bersama wanita seksi ketika dijemput menghadiri sebuah acara.

Dakwa PU Amin, dia hanya dijemput bagi membaca doa dan niatnya ketika itu hanya untuk menyebarkan dakwah dengan cara turun padang.

‘Saya sudah minta dia padamkan foto ‘

Menurut kenyataan PU Amin di Facebooknya, dia telah menyeru kepada wanita berkenaan untuk memadam foto bersamanya yang dimuat naik di Instagram agar tidak menimbulkan apa-apa isu lagi berkaitan dengan majlis berkenaan.

Saya sudah minta dia padamkan foto tersebut sejak semalam tetapi masih tiada sebarang tindakan dilakukannya.

PU Amin mengatakan bahawa menghadiri ke majlis berkenaan merupakan peluangnya untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan, namun dia mengetahui kesan fitnahnya besar.

PU Amin juga memohon maaf andai perbuatannya mengambil gambar itu merupakan satu perkara yang memalukan serta mengaibkan.

‘Niat panggil PU untuk meriahkan suasana’

Dia juga mengatakan bahawa selepas berbuka, dia terus menunaian solat Maghrib dan selepas itu bergegas hendak pulak kerana bertugas di masjid berdekatan.

Walau bagaimanapun, di Instagram Story, Nadira telah memohon maaf mengenai foto yang tular tersebut di media sosial yang berpunca daripadanya.

Maaf atas fitnah. Niat panggil PU untuk meriahkan suasana tak sangka viral.

Permohonan maaf secara terbuka

Menerusi satu posting yang telah di muat naik oleh Nadira sendiri, dia memohon maaf atas foto yang dimuat naik oleh dirinya dan foto berkenaan telah dipadam bagi menghormati PU Amin.

Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada PU Amin kerana tercalit dengan dengan isu ini. Saya akui kesilapan saya.

Nadira juga berterima kasih kepada PU Amin kerana sempat memberi tazkirah kepada tetamu yang hadir ketika majlis berkenaan serta dia juga menjemput PU Amin untuk memberi tazkirah di pejabatnya juga.

Sumber : nadiraisaac

Bergambar Dengan Perempuan Sek sii Di Bulan Ramadhan tidak ada salahnya – PU Amin

KUALA LUMPUR : Bergambar bersama dua wanita s.eksi menampakkan a.urat di bulan Ramadan, Penc.etus Ummah (PU) Amin, 31, menganggap perkara tersebut tidak ada salahnya memandangkan dirinya bukan sedang berp.elukan atau meny.entuh wanita-wanita tersebut.

Menurut Amin, dia juga sedar gambar yang dirakam oleh individu tertentu pada malam Sabtu lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu akan dimuat naik dalam media sosial dan seperti diduga akan mendapat k.ecaman orang ramai.

“Betul, pakaian mereka tidak menutup a.urat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli n.eraka’? Samalah juga jika ada g.olongan mak n.yah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?.

Orang perli dan s.indir saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka m.arah pula?.

“Pula itu, ada kalangan warganet yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbalahan parti p.olitik pula,”katanya semasa dihubungi hari ini.

Terdahulu, sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama dua wanita s.eksi dalam sebuah majlis tersebar meluas setelah ia dikongsi oleh seorang daripada wanita tersebut di dalam akaun media sosialnya.

Tampil menjelaskan, Amin berkata, dia hadir ke majlis berbuka puasa itu sebagai tetamu jemputan untuk membacakan doa selain memberikan tazkirah maghrib sebelum segera pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai imam di sebuah masjid.

“Sebelum pergi pun, saya dah bincang dengan isteri dan rakan-rakan. Semua kata ini peluang untuk berdakwah dan itulah yang saya lakukan semasa berada di majlis berkenaan.

Depan-depan saya cakap semasa beri tazkirah kepada semua tetamu yang hadir. Saya sentuh mengenai topik pematuhan pakaian, sen.sitiviti di bulan Ramadan, kuasa dan keam.punan Allah SWT, semua nampak gembira dan menerima baik bila dengar ceramah saya.

“Selama ini orang asyik kata saya cuma cakap dan nasihat orang dalam Facebook saja, bila saya turun padang macam ini dan bukannya cuma berada di surau atau masjid, pun kena k.ecam juga? Macam mana ini?” katanya.

Dalam pada itu, kata Amin lagi, dia juga telah pun meminta agar gambar tersebut diturunkan daripada pemilik akaun media sosial tersebut namun tidak pasti sama ada ia sudah dilakukan atau tidak.

Selain itu, dia juga tidak menolak wujudnya andaian jika gambar itu digunakan bagi tujuan melonjakkan jenama p.roduk tertentu tanpa pengetahuannya selain mend.oakan semua yang terl.ibat mendapat hidayah.

Tak reti jaga air muka sendiri, jagalah air muka Ustaz tu

Menjengah ke ruangan komen perkongsian Instagram tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita itu kerana memuat naik gambar yang boleh menimbulkan fitnah berkenaan.

Pakailah elok2 sikit

Tolonglah ‘delete’ gambar ni

Tau kan panggil Ustaz, jagalah pakaian

Mengarut

Terdahulu, 2 keping gambar yang memaparkan dirinya bersama dua wanita seksi dalam sebuah majlis tersebar meluas setelah ia dikongsi oleh seorang daripada wanita tersebut di dalam akaun media sosialnya.

Sumber: Utusan Online (Siti Athirah Zulkifly), Instagram @nadiraisaac

Via : facebook

Sumber : ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*